Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan pendengaran permohonan Rosmah Mansor untuk membatalkan pertuduhan ke atasnya, selepas pihak pembelaan dan Pejabat Peguam Negara (AGC) belum membuat keputusan berhubung representasi yang dibuatnya.
Representasi itu bagi membatalkan 12 pertudhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta, serta lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib memberitahu hakim K Muniandy bahawa seperti yang disebut dalam prosiding sebelum ini, representasi Rosmah kini di peringkat akhir.
Namun, katanya lagi, memandangkan kes itu melibatkan isu cukai pendapatan, mereka memerlukan lebih masa bagi memenuhi prosedur tertentu dengan LHDN bagi mencapai keputusan muktamad.
Justeri, Muniandy menetapkan 11 Oktober ini bagi pembelaan dan pendakwaan meneruskan hujah mereka.
[Berita lanjut menyusul]





