34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AGC arah mayat Zara Qairina digali semula

    Shopee Sale

    Mayat Zara Qairina Mahathir perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bezah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar tingkatan satu berkenaan, kata Jabatan Peguam Negara (AGC).

    Dalam kenyataan hari ini AGC memaklumkan pihaknya meneliti laporan penuh siasatan awal yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    "Jabatan ini berpendapat terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

    "Sehubungan itu, laporan penuh siasatan awal dikembalikan semula kepada PDRM bersama beberapa arahan, termasuk keperluan untuk menggali semula mayat Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bezah siasat dijalankan ke atas jenazah," katanya.

    MENARIK:  Anwar tak berani muncul di Sungai Bakap, kata Ramasamy

    Menurut AGC, langkah berkenaan bertujuan untuk memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.

    Isnin lalu AGC memaklumkan pihaknya menerima laporan penuh siasatan awal berhubung kes itu di cawangan Sabah pada 3 Ogos dan di Ibu Pejabat AGC di Putrajaya sehari kemudian.

    Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.

    Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi 16 Julai.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah