29 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    415 mangsa banjir di Sabah berada di pusat pemindahan

    Shopee Sale

    Seramai 415 mangsa banjir daripada 113 keluarga berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) dan sebuah Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di Sabah setakat 8 pagi ini.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, 155 orang daripada 51 keluarga ditempatkan di PPK Selagon, Beaufort yang dibuka sejak 9 Sept lalu.

    “Dua lagi PPS ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) St Paul, Kolopis yang menempatkan 59 orang daripada 19 keluarga, manakala Dewan Huguan Siou menempatkan 142 mangsa daripada 32 keluarga,” menurut JPBN dalam kenyataan hari ini.

    JPBN memaklumkan PPS Sk St Paul menunjukkan jumlah mangsa semakin meningkat berikutan hujan berterusan sejak malam tadi manakala di Dewan Huguan Siou trend mangsa menurun.

    MENARIK:  Telegram digesa beri kerjasama tangani rangkaian jenayah

    “Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir iaitu 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort,” menurut kenyataan itu.

    Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kawasan pedalaman Sabah melibatkan Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan; serta di Pantai Barat melibatkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah