27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    20 ahli 'geng TR' dihadapkan ke mahkamah

    Shopee Sale

    Seramai 20 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Klang hari ini atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas. 

    Mereka adalah N. Nithiyan, 39; S. Logan, 32; R. Parthipan, 32; M. Keshava Nair, 30; A. Balamurugan, 40; V.S Wilbert, 46; M. Ramakrishnan, 45; R.E Mohan, 34; M. Thanasekaran, 44; Edward Liew, 49 dan S. Manoraj, 28. 

    Turut didakwa M. Amaran, 30; S. Hemanathan, 31; K. Thana Seelan, 38; K. Ravishankara, 43; Muhammad Razi Abdullah, 51; G. Deeneskumar, 29; K. Venaigaraj, 32; A. Kogilan, 26, dan M. Tineshkumar, 26. 

    Kesemua lelaki berkenaan mengangguk faham ketika pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya. 

    Tiada pengakuan direkodkan dalam prosiding hari ini kerana pertuduhan dilakukan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Mengikut pertuduhan mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran makanan laut di Sungai Janggut, Kuala Selangor pada November 2019 hingga 2 Mei lepas. 

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130V(I) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan, dengan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hashim, Lina Hanini Ismail dan Syafinas Shabudin.

    MENARIK:  Lebih 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula, kata Azalina

    Seramai 14 daripada tertuduh diwakili peguam Ayasamy Velu, Naizatul Zamrina Karizaman, Revin Kumar dan S. Vinesh, manakala enam lagi tidak diwakili peguam.

    Mahkamah kemudian menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi memindahkan prosiding ke Mahkamah Tinggi. 

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebelum ini dilaporkan berkata polis menahan 21 individu yang disyaki terlibat dengan kumpulan kongsi gelap menerusi Op Lima di sekitar Selangor, Johor dan Pahang pada 3 Mei lepas.

    Beliau berkata seorang lagi individu tidak dapat didakwa di mahkamah kerana sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara, dan polis sedang memburu 10 lagi ahli Geng TR itu yang masih bebas. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah