28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    2 remaja maut dirempuh kereta di persimpangan lampu isyarat

    Shopee Sale

    Dua remaja perempuan maut selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tengku Ismail, di Temerloh, malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata kemalangan kira-kira jam 11 malam itu mengorbankan Nur Irdina Shaffiya Muhammad Nazri, dan pemboncengnya, Aneez Irdiena Sofya Khairul Azman, masing-masing berusia 18 tahun.

    Katanya, kemalangan itu melibatkan motosikal Yamaha Ego Avantiz dan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

    “Siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan dari arah Mentakab menuju ke Bulatan Bukit Angin.

    “Ketika berhenti di lampu isyarat yang sedang merah, sebuah kereta Perodua Bezza dipercayai tidak memperlahankan kenderaan dan melanggar bahagian belakang motosikal mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Aman Palestin gagal dapat kebenaran cabar pembekuan 11 akaun

    Mazlan berkata, mayat kedua-dua remaja terbabit dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan untuk bezah siasat pagi ini.

    Sementara itu, Mazlan memaklumkan pemeriksaan ke atas kereta terbabit menemukan paket plastik disyaki mengadungi dadah syabu dan heroin yang dianggarkan bernilai lebih RM6,000.

    Sehubungan itu, pemandu kereta berusia 38 tahun yang beralamat di Kepong, Kuala Lumpur itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah