29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zizi Kirana Kecewa Ada Pihak Pertikai Artis Sertai Misi – ‘Mufti Bagi Jawapan Tak Nak Dengar’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Zizi Kirana meluahkan rasa kesal terhadap segelintir individu yang mempertikaikan penglibatan anak seni yang menyertai misi bantuan ke Gaza.

    Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Berangkat Ke Gaza, Kongsi Foto Bersama Yusuf Bahrin – ‘Semoga Genggaman Ini Sampai Ke Syurga Allah’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ardell Aryana Dedah Anak Usia 5 Tahun Mimpi Syurga Sebelum Berangkat Misi Kemanusiaan GSF

    Zizi kecewa 

    Menerusi hantaran di Instagram, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, meluahkan rasa kecewa tersebut dan mempertahankan penglibatan mereka adalah atas dasar kemanusian serta solidariti terhadap saudara sesama Islam di sana.

    Menurut Zizi, agamawan sebelum ini juga pernah memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

    Sebelum ini memang malas nak layan orang yang mempertikaikan keberadaan kami.

    Sedikit kecewa dengan orang yang asyik pertikai. Mereka pertikai kenapa artis pergi misi, belum lagi ada yang pertikai hukum wanita pergi misi, sudah terang mufti bagi jawapan tak nak dengar.

    Lebih baik kita sama-sama fokus dengan misi untuk bantu Gaza.

    Doa orang ramai

    Dalam masa yang sama, pelantun lagu Eh itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan terhadap mereka selain memohon doa agar urusan ke negara bergolak itu dipermudahkan.

    Kepada yang mendoakan dan menyokong, terima kasih banyak.

    Semoga Allah membalas segala kebaikan dunia akhirat buat kalian. Teruskan berdoa dan sokong kami.

    Terdahulu, Zizi serta beberapa selebriti dan aktivis kemanusian menyertai Global Sumud Fortilla dalam misi menghantar bantuan asas kepada penduduk Gaza.

    MENARIK:  ‘Puan Norjuma, Ini Amaran Terakhir..Sekiranya Tidak Hadir, Waran Tangkap Akan Dikeluarkan’

    Sebanyak 24 kapal flotila dengan lebih 1,000 peserta antarabangsa daripada 44 negara termasuk Malaysia berlepas dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol menuju Gaza.

    Sumber: IG Zizi Kirana 

    The post Zizi Kirana Kecewa Ada Pihak Pertikai Artis Sertai Misi – ‘Mufti Bagi Jawapan Tak Nak Dengar’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah