Penyanyi Zarul Umbrella menjelaskan tentang pengunduran pengacara CK Faisal dari audio siar kendaliannya iaitu Borak Dalam Galley (BDG).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kapten Suruh Check Siapa Main Telefon..Sistem Shut Down Sekejap’ – Zarul Umbrella Kongsi Fungsi ‘Airplane Mode’
Artikel Berkaitan: Zarul Umbrella Nafi Kerjaya Pramugara Tak Jamin Masa Depan, Ajak Anak Muda Ceburi Bidang Aviation – ‘Mereka Minat Cuma Tiada Pendedahan’
Pengunduran CK

Ketika ditemui , Zairulkefli Husin, 53, memaklumkan dia tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan CK, sebaliknya pengunduran itu dibuat atas keputusan pengacara tersebut sendiri.
Menurut Zarul, dia percaya bahawa CK mempunyai sebab tertentu untuk tidak meneruskan sebagai hos di program tersebut.
Sebenarnya sebelum itu kami ada penggambaran raya bersama. Selepas itu, tiba-tiba dia beri notis 24 jam (untuk mengundurkan diri), jadi saya pun terkejut.
Tapi bila fikir semula, mungkin dia rasa sudah terlalu lama memberi fokus kepada podcast sahaja. Mungkin dia mahu cuba benda lain.
Namun, sebab sebenar saya pun tidak tahu kerana hanya CK yang boleh jawab. Saya hormat keputusan dia dan saya teruskan sahaja dengan apa yang ada sekarang.
Zarul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Seribu Rahmat Umbrella yang berlangsung di Hotel Ideas pada Khamis.
Pelantun lagu Ramalan Ku Benar Belaka itu turut menegaskan, tidak berlaku sebarang perselisihan faham di antara dia dan CK, malah mereka masih mengekalkan perhubungan yang baik sehingga ke hari ini.
Dalam masa sama, Zarul turut merakamkan penghargaan buat rakan seperjuangannya itu kerana membantu menaikkan nama audio siar tersebut.
Saya tiada masalah dengan dia. Dua hari lalu kami ada berjumpa dan masih bergurau dan ketawa seperti biasa.
Kami tidak bergaduh dan tiada sebarang isu. Sampai hari ini saya masih sayangkan dia kerana BDG juga mula dikenali disebabkan dirinya.
Jadi, saya tidak boleh lupa perkara itu kerana dia antara individu yang banyak membantu memperkenalkan BDG kepada orang ramai.
Terdahulu, pada 21 Mac lalu, CK atau nama sebenarnya, Che Kamarul Faizal Che Kamaruddin mengumumkan pengundurannya daripada BDG selepas tiga tahun berkhidmat sebagai hos bersama.
The post Zarul Umbrella Tiada Masalah Dengan CK Faizal, Hormat Keputusan Undur Diri Dari Podcast – ‘Dia Yang Banyak Bantu..’ first appeared on OHBULAN!.





