25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zahirah Macwilson Serah Kucing Peliharaan Kepada Ameera Khan, Isaac Raees Alami Alahan Teruk

    Shopee Sale

    Pelakon, Zahirah Macwilson memaklumkan anak sulungnya, Isaac Raees mengalami alahan terhadap kucing sehingga memaksa mereka sekeluarga melepaskan haiwan tersebut kepada penjaga baharu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zahirah Macwilson ‘Belanja’ Nyanyian Aiman Hakim Ridza, Netizen Rindu Dengar Suara – ‘Tolong Pujuk Dia Nyanyi Balik’

    Lepaskan Rocky

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Zahirah, 30, berkata, keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuat memandangkan Isaac sangat rapat dan sayang dengan kucing bernama Rocky itu.

    Menguruskan alahan Isaac terhadap anak kucing memang menjadi satu cabaran kerana dia terlalu rapat dan sayang akan haiwan itu.

    Kami sudah cuba memisahkan anak kucing tersebut di bilik lain, namun Isaac tetap meminta untuk bermain dengannya setiap hari.

    Saya tidak sanggup melihat dia terpaksa menangis, makan ubat secara berterusan dan kerap ditegur untuk mencuci tangan atau menjaga jarak daripada anak kucing itu sepanjang masa.

    Tambahnya, mereka akhirnya terpaksa membuat keputusan demi kesihatan Isaac yang kini semakin sensitif terhadap kucing.

    Dengan hati yang sangat berat, kami akhirnya mengambil keputusan untuk mencari rumah baharu buat si kecil Rocky. Kami percaya ini adalah keputusan terbaik untuk kami buat masa sekarang.

    Menariknya, penjaga baharu Rocky adalah pempengaruh media sosial yang juga adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Ameera Khan.

    Insya-Allah, mungkin suatu hari nanti kami akan mempertimbangkan untuk mengambil haiwan peliharaan semula apabila Isaac sudah besar dan (mudah-mudahan) alahannya semakin berkurang atau lebih terkawal.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  ‘Tiada Siapa Yang Berkahwin Mahu Bercerai’ – Nora Ariffin

    The post Zahirah Macwilson Serah Kucing Peliharaan Kepada Ameera Khan, Isaac Raees Alami Alahan Teruk first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah