29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fattah Amin Kecewa ‘Kulit Wayang’ Tak Dapat Sambutan, Anggap Persaingan Sihat Dengan Filem Tempatan

    Shopee Sale



    Pelakon popular tanah air, Fattah Amin akui kecewa apabila filem lakonannya, Kulit Wayang tidak menerima sambutan menggalakkan daripada penonton seperti filem-filem ‘box office’ lain.

    ‘Filem ni sebenarnya sampaikan banyak mesej’

    Menurut Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, antara faktor yang mungkin mempengaruhi sambutan terhadap filem tersebut adalah genre serta persepsi sesetengah penonton terhadap karya dari Pantai Timur.

    Saya rasa sebab genre dan mungkin orang skeptikal  filem dari Pantai Timur hanya berkisarkan tentang wayang kulit dan sebagainya. Tetapi kalau orang tengok filem tu, ramai yang puji. Filem ni sebenarnya sampaikan banyak mesej.

    Pelakon itu juga mengakui dirinya agak kecewa kerana hasil kerja keras mereka tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada orang ramai.

    Mestilah saya agak kecewa bila filem ini tidak berapa mendapat sambutan.

    Sebagai pelakon kalau boleh saya nak orang ramai tonton naskhah kita. Lagi ramai yang tengok, lagi bagus sebenarnya.

    Mengulas mengenai pengalamannya membawakan watak Pak Lee dalam filem Kulit Wayang, pelantun lagu Wanita Terakhir itu berkongsi bahawa ia bukan satu tugas yang mudah. Namun, bersyukur dan bangga dengan pencapaiannya menjiwai watak yang diberikan.

    Saya sendiri bila pertama kali tengok filem tu, saya bersyukur. Segala penat lelah saya berjaya diterjemahkan dengan sebaiknya menerusi filem ini.

    Nak membawakan watak Pak Lee bukan mudah sebab nak berdialog dalam dialek Kelantan dan perlu bermain dengan wayang kulit.

    Penggambaran ambil masa yang sangat lama dan tak dinafikan, memang penat lah.

    ‘Persaingan yang sihat’

    Tambah Fattah, walaupun sambutan di pawagam tidak memberangsangkan, Fattah percaya bahawa filem ini mempunyai nilai seni dan budaya yang tinggi serta berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

    Tapi saya rasa mungkin strategi pengarah atau penerbit mahukan filem Kulit Wayang ini untuk tercalon dalam mana-mana festival berbanding box office.

    Dalam pada itu, Fattah tidak menolak kemungkinan bahawa waktu tayangan dan persaingan filem-filem lain turut memberi kesan kepada sambutan filem Kulit Wayang.

    Mungkin faktor persaingan dengan filem-filem lain juga dan waktu ditayangkan mempengaruhi tayangan. Tapi itu bukan kepakaran dan hak pelakon untuk tentukan.

    Sebenarnya lagi banyak filem tempatan ditayangkan, itu adalah persaingan yang sihat.

    Macam filem Blood Brothers, walaupun ditayangkan pada bulan yang sama filem Kulit Wayang ditayangkan tapi saya pergi juga menonton. Saya tetap beri sokongan kepada filem tempatan kita.

    Untuk info, filem Kulit Wayang arahan Dain Said telah ditayangkan di pawagam sejak 1 Mei lalu dan diterajui oleh barisan pelakon hebat seperti Fattah Amin, Pekin Ibrahim, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

    MENARIK:  Ayah Sudah Meninggal Dunia, Amir Raja Lawak Sedih Bayaran Tertunggak Masih Belum Terima

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah