33.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zizi Kirana, Yusuf Bahrin Sah Bercerai Talak Satu

    Shopee Sale

    Pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana sah bercerai talak satu secara raji’e di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pada Khamis.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yusuf Bahrin & Zizi Kirana Muncul Di Mahkamah Syariah – ‘Doakan Yang Baik’

    MENARIK:  ‘Sedih Juga Ada Yang Komen Bosan Dengar Lagu Sama’ – Nadeera

    Artikel Berkaitan: Yusuf Bahrin Kerap Diaju Soal Zuriat Waktu Raya – ‘Dah Lima Tahun Kahwin, Mereka Dah Senyap’

    Sah bercerai

    " data-video-id="7623987053885164807" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    Pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana sah bercerai talak satu secara raji’e di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pada Khamis. # #terkini #cerai #zizikirana #yusufbahrin

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Ketika ditemui , peguam Syarie iaitu Haiza yang mewakili plaintif, Zizi atau nama lengkapnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, berkata lafaz cerai itu dilakukan di hadapan Hakim Mohd Shaifullah Hamzah.

    Kedua-duanya bersetuju untuk permohonan perceraian ini dan direkodkan satu lafaz cerai oleh Yusuf terhadap Zizi dengan talak satu secara raj’ie.

    Kedua-duanya dapat menjalankan kes pada hari ini dengan baik.

    Sementara itu, pemilik nama Muhammad Yusuf Bahrin, 34, mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.

    Terima kasih semua, doakan sajalah yang baik-baik.

    Manakala, Zizi meluahkan rasa lega kerana urusan perceraian mereka berjalan dengan lancar.

    Alhamdulillah, semuanya yang baik-baik, insyaAllah.

    Terima kasih semua, sorry tau tunggu lama, sorry sangat-sangat.

    Pada Khamis, pasangan itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi mengikuti prosiding berkaitan permohonan cerai yang difailkan oleh Zizi.

    Kehadiran mereka di mahkamah secara tidak langsung menjawab spekulasi keretakan rumah tangga yang mula diperkatakan sejak awal tahun ini.

    Sebelum ini, netizen mula menghidu pergolakan hubungan mereka apabila mendapati pasangan tersebut tidak lagi mengikuti akaun media sosial satu sama lain dan tidak menyambut Aidilfitri bersama.

    Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga 19 September 2021 dan pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

    The post [VIDEO] Zizi Kirana, Yusuf Bahrin Sah Bercerai Talak Satu first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah