27 C
Kuala Lumpur
Friday, October 10, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Nafkah – ‘Tengok Anak Pun Tak, Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna’

    Shopee Sale



    Pelakon dan personaliti media sosial, Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian apabila mendakwa bekas suaminya tidak memberikan nafkah kepada anak mereka.

    ‘Tengok anak pun tak nak’

    " data-video-id="7475029248978210056">
    @zarinaanjoulie37 Jawapan Anju Bila Netizen Tanya Tentang Nafkah Matin #zarinaanjoulie #fyp #fypage #fyp?? #foryou #foryoupage #foryoupage???? #berandatiktok #berandafyp #esekeli ? original sound – ZarinaAnjoulie

    Ketika menjawab pertanyaan netizen dalam sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 38, secara terbuka meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir bapa yang tidak bertanggungjawab.

    Jangan cakap nak bayar nafkah, tengok anak pun tak nak.

    Zaman sekarang ni banyak bapak dah tak guna.

    Meskipun tidak terlalu mengharapkan nafkah daripada bekas suaminya, tetapi Zarina menegaskan bahawa sebagai seorang ayah, tanggungjawab terhadap anak tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

    Sebab tu saya tak kisah dia beri nafkah ke tidak, tapi jangan nanti dah tua, dah nazak baru nak cari anak kau.

    Dalam pada itu, Zarina turut membandingkan situasi zaman sekarang dengan dahulu, di mana kebanyakan bapa lebih bertanggungjawab dalam menjalankan kewajipan mereka.

    Zaman sekarang bukan macam zaman dulu yang banyak bapa bertanggungjawab. Tak payahlah nak mengharapkan nafkah. Masa saya kecil dulu, mak ayah saya bercerai tapi tetap bayar nafkah.

    Luahan Zarina ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata daripada mereka bersetuju bahawa tanggungjawab terhadap anak tidak sepatutnya diabaikan, walaupun selepas perceraian.

    MENARIK:  Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Untuk Kes Khalwat?

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah