26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, November 8, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Video: Zain Saidin Mengkritik Liyana Jasmay di Media Sosial dengan Pesanan ‘Satu Hari Nanti Awak Akan Reput & Berkedut’

    Shopee Sale



    zain liyana

    Berikutan memuat naik hantaran tanpa mengenakan sebarang solekan atau menggunakan ‘filter’, warganet bertindak mengecam wajah penyanyi dan pelakon, Liyana Jasmay.

    Zain ‘back up’ Liyana

    liyana zain

    Menyifatkan komen yang ditinggalkan oleh warganet itu sangat melampau, pelakon Zain Saidin tampil menyelar individu yang menghina wajah aktres tersebut menerusi video yang dimuat naiknya di TikTok.

    Saya ada terbaca di Facebook yang mengecam rupa Liyana dan ada yang pertikai bagaimana suami Liyana boleh suka dekat dia.

    Saya kena tegur benda ini sebab saya rasa ianya salah. Apa benda nak cakap macam tu? Awak sendiri tak kenal dia.

    Zain yang kelihatan berang mendedahkan bahawa dia juga pernah berdepan dengan keadaan yang sama sebelum ini iaitu semasa menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan pelakon jelita, Rozita Che Wan.

    Ramai orang tanya kenapa saya kahwin dengan Che Ta, tapi terus terang saya kata pada permulaannya kita suka pada rupa.. itu tarikan pertama. Tapi kena faham yang rupa ini tak akan tahan selamanya. Yang buat saya jatuh cinta adalah budi bahasa, cara dia dan isi hati.

    Bila kita dah mula dating, rupa tu dah jadi nombor dua kadang-kadang nombor tiga.

    Menurut Zain, dia percaya bahawa suami Liyana juga ada sebab tersendiri mengapa memilih Liyana sebagai penyeri hidup dengan tidak bersandarkan kepada raut wajah semata-mata.

    Sama dengan suami Liyana, saya pasti mesti ada sebab dia jatuh cinta..bukan sekadar rupa sahaja.

    Justeru itu, aktor tersebut memohon agar warganet lebih sensitif terhadap perasaan seseorang dengan menjaga tutur kata dan penulisan semasa meninggalkan komen.

    Mulut tu dik, kita ni Melayu dan berbudi bahasa, jagalah tak perlu nak cakap benda macam tu. Untuk apa? Saya lagi kesian dekat awak sebab awak lagi kena hentam nanti.

    Awak kena ingat, rupa akan pergi..suatu hari nanti awak akan reput, berkedut..

    Dalam masa yang sama, pelakon drama Kiah Pekasam ini turut memberikan kata-kata semangat buat Liyana.

    Saya minta maaf kalau apa yang saya cakap ini ada menyingung perasaan. Untuk Liyana ‘stay strong’, jangan ambil pusing dengan apa yang orang kata. Awak cantik dengan cara awak yang tersendiri dan di mata suami awak.

    MENARIK:  Nabila Razali Mohon Maaf, Isu Ibu Pandu Kereta Tanpa LKM & Insurans
    " data-video-id="7329836291145747733" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
    @zainsaidin23

    No caption needed ? #fyp? #fyp #zainsaidin #maruahdiri #maruahwanita

    ? original sound – Zain Saidin – Zain Saidin

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah