28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Wanita Berniqab Bakal Madu Nilam Ortiz? Ucap Terima Kasih Kepada Azlan Komeng Sebab Sentiasa Teman

    Shopee Sale



    Hantaran seorang wanita berniqab meraih perhatian wargamaya selepas didakwa merupakan bakal madu kepada usahawan Nur Nilam Ortiz.

    Madu Nilam?

    " data-video-id="7500211203453504775">
    @maizila1 alhamdulilah TQ anjeee cayunkkk selalu ada dengan Anje walaupun sibuk dengan kerja. Lepas rindu kat cayunk sorang ni. #cintamatiku #ak #azlankomeng #future #inshallah ? Sumpah Dan Cinta Matiku – NIDJI

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Maizila itu memuat naik beberapa foto bersama pelakon, Azlan Komeng di dalam kereta.

    Pada perkongsian itu, Maizila meluahkan rasa syukur kerana sering ditemani Azlan walaupun sibuk dengan perniagaannya.

    Alhamdulillah, terima kasih sayang selalu ada dengan saya walau sibuk bekerja.

    Lepas rindu dengan sayang sorang ini.

    Bagaimanapun, ruangan komen dipenuhi dengan komen negatif terhadap Maizila yang didakwa sebagai perosak rumah tangga Nur Nilam.

    MENARIK:  [VIDEO] Sarimah Ibrahim Dedah Anak Dibuli, Rambut & Penampilan Bercermin Mata Dikondem – ‘Berilah Dia Jadi Budak’

    Imbas kembali, Nilam mencuri perhatian apabila mendedahkan suaminya, Azlan akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.

    Sebelum ini, Nilam berkongsi video memperlihatkan dia berada di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

    Menerusi perkongsian itu, Nilam yang memakai jubah dan tudung serba hitam seakan-akan memberi bayangan dia memilih untuk berpisah dan hanya mahu menjaga hatinya sendiri.

    Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah