33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Video Viral: Harris Annuar Terkejut Menyedari Medina Telah Masuk Form 1, Tidak Kenal Isteri dan Terkeliru dengan ‘Report Card’ Anak

    Shopee Sale



    Pasangan selebriti, Harris Annuar dan Asha Merican sering kali mencuri perhatian kerana kerap memuat naik video bergurau-senda di media sosial.

    Asha sakat Harris

    " data-video-id="7347899674528976146">
    @harrisannuar Post Operation ,Sapa amik report cad sekolah Medina?#viral #video #funny #funnyvideo #viralvideo #sentap #lawakdeep ? Animal baby – ???

    Terbaharu, Asha memuat naik video dirinya menyakat Harris yang di bawah pengaruh bius selepas sedar daripada pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada Isnin.

    Menerusi video tersebut, pelakon berusia 26 tahun itu berseloroh mengatakan bahawa pembedahan yang dijalani suaminya itu memakan masa yang sangat lama sehinggakan anak mereka, Aura Medina sudah pun memasuki sekolah menengah.

    Asha kemudiannya tidak dapat menahan tawanya apabila Harris mula risau apabila tiada siapa yang mengambil ‘report card’ Medina di sekolah.

    Medina dah naik tingkatan satu? Lamanya ‘operation’. Kenapa doktor bedah lama sangat sampai 10 tahun.

    ‘Report card’ dia siapa pergi ambil? Tak ada orang nak ambil.

    Lebih melucukan ialah Harris juga tidak mengenali wajah isterinya yang sedang seronok melayan karenahnya dalam keadaan separuh sedar itu.

    Awak siapa pula ini?

    Rata-rata netizen yang menonton video tersebut turut menyatakan mereka terhibur melihat keadaan Harris tersebut.

    MENARIK:  ‘Ada Juga Yang Tak Nak Bagi Naik Lif, Tapi Saya Chill Saja’ – Ayda Jebat

    Dalam pada itu, ibu kepada Harris yang juga merupakan usahawan kosmetik terkenal iaitu Zaiton Hassan menjelaskan anaknya itu menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada kaki kanannya selepas jatuh daripada tangga beberapa hari lalu.

    Komen netizen

     

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah