
Berbeza dengan tahun sebelum ini, pelakon Ahirine Ahirudin akan menyambut Syawal di ibu kota, Kuala Lumpur.
Raya meriah je

Ketika ditemui , pelakon filem Raya Emas: Salako Sacred Treasure berkata meskipun tidak pulang ke kampung, Ahirine berkata sambutan raya masih lagi meriah.
Sepanjang Ramadan saya memang agak sibuk. Kalau raya pula, saya akan beraya di Kuala Lumpur (KL) dan tidak balik Melaka (kampung) kerana keluarga semua berada di sini (KL).
Sambutan raya tu meriah lah dengan (sambut) dengan keluarga tetapi tidak meriah seperti di Melaka sebab ramai yang tidak balik.
Mengulas lanjut, aktres 29 tahun itu bekata dia juga tidak membuat persiapan raya susulan sibuk dengan penggambaraan ketika bulan Ramadan.
Saya pun tidak lakukan persiapan, hanya biasa-biasa sahaja. Jadi, pada Hari Raya nanti saya akan serbu rumah kawan-kawan saya.
Kena ada conflakes madu

Bercakap mengenai juadah, Ahirine berkata kebiasaannya dia sering menanti-nantikan untuk memakan biskut raya conflakes madu kerana itu adalah juadah wajib baginya.
Conflakes madu wajib ada kemudian ketupat, rendang dan apa-apa jenis makanan. Saya tidak memilih, saya makan je.





