30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Syasya Rizal Beri Respon, Nafi Goncang Anak Secara Kuat Dalam Video TikTok

    Shopee Sale

    Penyanyi, Syasya Rizal tampil memberi respon berhubung dakwaan netizen yang mendakwa dirinya menggoncang anak lelakinya, Muhammad Yassir Hayyan dengan kuat ketika melakukan trend popular di TikTok.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Dengan Cara Menghina’ – Syasya Rizal Tegur Netizen Biadab, Tidak Teragak Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

    Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Kecewa Netizen Suruh ‘Cabut’ Tudung Sebab Termakan Daging Khinzir – ‘Kita Semua Pendosa’

    Respon Syasya

    Menerusi muat naik di TikTok, pemilik nama Norsyasya Afiqah Shahrizal menjelaskan video itu dirakam dengan dua kali kelajuan dan disebabkan itu ia terlihat sangat kasar apabila dia menolak anaknya.

    Katanya, tidak mungkin dia akan menggoncang anaknya yang berusia lima bulan itu dengan kuat.

    Ini 2x kelajuan. Mustahil saya nak gegar anak saya kuat macam itu. Chill semua.

    Syasya menjelaskan perkara itu bagi meredakan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan netizen yang risau akan keselamatan anaknya.

    MENARIK:  Penyamun Menyerang Kaki dan Betis Akhyar Rashid

    Sebelum ini, Syasya memuat naik sebuah video memaparkan dirinya dan Yassir melakukan trend yang sedang hangat di TikTok.

    Bagaimanapun, perkongsian itu mendapat reaksi kurang senang dari netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa bimbang melihat penyanyi itu menggoncang anaknya.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Syasya Rizal Beri Respon, Nafi Goncang Anak Secara Kuat Dalam Video TikTok first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah