Isteri kepada ikon permotoran, Haqiem Stopa iaitu Aireena tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa suaminya berlaku curang berkali-kali sepanjang perkahwinan mereka.
Artikel Berkaitan: ‘Lepas Saya Ditinggalkan Ketika Berpantang, Dia Sekali Lagi Curang Dengan Gadis 18 Tahun’ – Isteri Haqiem Stopa
Artikel Berkaitan: Aireena Sofia Kunci Mulut Isu Rumah Tangga Dengan Haqiem Stopa – ‘Saya Tidak Mahu Komen Soal Tinggal Sebumbung Atau Tidak’
‘Ya, dia memang curang, bukti semua ada’
View on Threads
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok pada Sabtu, pemilik nama Aireena Sofia, 21, mendedahkan bahawa sejak 19 September lalu, mereka tidak lagi tinggal sebumbung dan sepanjang tempoh itu, dia menemui pelbagai bukti kecurangan suaminya.
Kalau korang tanya dia curang ke? Ya dia memang curang, bukti semua ada. Banyak kali dia curang dan paling baru 15 November. Bukan sekali, bukan dua kali tapi banyak kali dia curang.
Selama kami tak tinggal sebumbung sejak 19 September lalu, macam-macam bukti saya dapat. Tapi saya diam.
‘Awak kena fikir apa yang terbaik’
View on Threads
Aireena yang juga seorang pempengaruh media sosial mengakui bahawa pengkhianatan yang dilakukan Haqiem dalam rumah tangga mereka amat mengecewakan apatah lagi suaminya itu kini sudah bergelar seorang bapa.
Haqiem Stopa, awak dah jadi bapa orang dan dah jadi suami orang..awak kena fikir apa yang terbaik untuk awak.
Sementara itu Aireena turut mempersoalkan sama ada dirinya belum cukup sempurna untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Buat apa lagi awak simpan orang yang toksik macam ini, orang yang hanya baik depan kamera, orang yang korbankan segala-galanya untuk awak, orang yang boleh buat apa sahaja untuk apa awak tapi nak juga cari orang lain.
Orang yang dah lahirkan anak awak, jaga awak..Tak tahu apa yang tak cukup lagi.
Baru-baru ini, Aireena mendakwa suaminya itu berlaku curang dengan seorang gadis berusia 18 tahun
Terdahulu, timbul dakwaan rumah tangga pasangan itu dikatakan sedang dilanda masalah.
Bagaimanapun, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, dan isteri, Aireena Sofia, 21, enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut.
Sekadar info, Haqiem Stopa dan Aireena Sofia mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] ‘Tak Tahu Apa Lagi Tak Cukup, Saya Dah Lahirkan Anak Awak & Jaga Awak’ – Isteri Haqiem Stopa first appeared on OHBULAN!.





