
Pelakon meningkat naik, Haneesya Hanee memaklumkan bahawa dia ada menerima komen berbaur hinaan daripada warganet.
Hina warna kulit

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Haneesya atau nama lengkapnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan mendedahkan terdapat seorang individu yang meninggalkan komen negatif tentang warna kulitnya.
Ingat lelaki suka gelap ke.
Tidak berdiam diri, aktres berusia 24 tahun itu kemudian memberi respon terhadap komen tersebut.
Awak ingat saya suka ke lelaki yang suka judge perempuan lain, yang suka menghina dan kutuk perempuan lain.
Awak ingat saya suka ke lelaki yang suka menghina ciptaan tuhan, perasan dia sempurna, menjatuhkan orang lain, yang tak reti jaga mulut dan perasan dia paling kacak.
Awak ingat saya suka ke lelaki yang rasa semua perempuan suka dekat dia dan yang rasa semua perempuan nak melawa..nak putih untuk lelaki.
Saya boleh kalau nak teruskan lagi.
Menurut Haneesya, dia sama sekali tidak kisah jika dia disamakan dengan mana-mana karakter atau individu, namun jika ianya bersifat penghinaan terhadap fizikal itu adalah suatu tindakan yang melampau.
Sebenarnya saya baca komen, ada kata saya macam Barbie, Winx Club..ada yang kata, ‘aku tengah tengok Sally dalam dark mode’..macam-macam.
Saya tak kisah, asalkan awak semua rasa benda itu ‘fun’, saya layankan sahaja.
Dalam pada itu, pelakon drama Aku Bukan Ustazah tersebut menegaskan bahawa karakter yang dibawa didalam dalam drama bukanlah perwatakan dirinya yang sebenar. Justeru, dia berharap warganet tidak lagi menyerangnya secara peribadi.
Saya faham awak semua sakit hati dengan watak Sally, tapi itu Sally bukan saya. Jadi kalau nak menghina agak-agak la.
Cerita ini banyak pengajaran, tapi kenapa komen macam ni? Sia-sia dan buat dosa. Tak perlu, enjoy sahaja tengok drama tu. Tak perlu menghina orang sampai macam ni.
Untuk info, drama Aku Bukan Ustazah turut dibintangi Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae dan ramai lagi menerusi slot Akasia TV3.
Replying to @PakMunawir sabar la nyahhhhhh
? original sound – Haneesya Hanee – Haneesya Hanee





