
Pelakon Syazwan Zulkifly memaklumkan sudah berbaik semula dengan bekas tunang yang juga pramugari, Syawariah Zulkifli.
Berkawan semula

Menerusi temu bual bersama , Syazwan, 38, berkongsi kemungkinan di mana dia bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini.
Dalam pada itu, Syazwan menjelaskan dia memilih untuk tidak berkongsi kepada umum tentang hubungan baik itu kerana mempunyai sebab tertentu.
Insya-Allah tahun ini kalau tiada apa (bakal berkahwin).
Saya putus tunang tahun 2020 dan pada tahun yang sama juga kami berbaik sampai sekarang.
Sudah lama sebenarnya cuma tidak beritahu secara umum.
Kita tengok dulu apa yang berlaku sebab seblum ini beriya-iya tunang tapi tidak jadi pula.
Kucing, arwah ibu

Ketika ditanya sebab berbaik semula, Syazwan mendedahkan bekas tunangnya itu mempunyai keserasian bersama arwah ibunya selain telah mendapat restu mengenai hubungan mereka.
Kita pun tidak tahu lagi sama ada nak teruskan hubungan atau tidak sebab kami putus sebab perkara yang kecil masa PKP dahulu.
Salah satunya sebab kucing dan arwah ibu saya.
Arwah ibu paling selesa dengan dia. Sebelum arwah meninggal dunia, kami pun ada perancangan untuk berkahwin.
Sebelum ini, media melaporkan Syazwan dan Syawariah pernah mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2019 selepas 10 tahun berkawan rapat.
Namun, tali pertunangan mereka telah terputus pada 31 Mac 2020.





