Penyanyi Syafiq Farhain meluahkan rasa syukur apabila akhirnya berpeluang bertemu semula dengan adik kandungnya, Amirul selepas hampir sedekad terpisah disebabkan konflik keluarga.
Artikel Berkaitan: Syafiq Farhain Kembali Selepas Dua Tahun, Pertaruh Single ‘Cerita Luka’
Artikel Berkaitan: ‘Bau Sedap, Macam Daging Bakar’ – Syafiq Farhain Imbau Pengalaman Terlibat Operasi Kebakaran, Jumpa Mangsa Rentung
Syafiq Farhain bertemu adik kandung

Ketika ditemui , pemilik nama Nursyafiq Farhain A.M Salim, 32, berkata mereka bertemu semula kira-kira dua hingga tiga bulan lalu.
Alhamdulillah kita orang baru je dalam dua tiga bulan berjumpa balik selepas bertahun-tahun tak jumpa.
Kali terakhir saya jumpa Amirul masa dia sekolah lagi, sekarang dah umur 23 tahun. Baru jumpa balik, baru akrab baliklah senang kata.
Mengulas mengenai pertemuan itu, Syafiq mengakui dia berasa gembira apabila adiknya sendiri mengambil langkah untuk menghubunginya.
Saya gembira dia sudi jumpa saya. Waktu tu bukannya saya tak sudi nak jumpa dia, saya tahu dia tu adik kandung saya.
Tapi saya tak tahu dekat mana nak cari dia. Kalau cari nanti takut jadi isu lain. Jadi tak apalah, kita biar masa yang tentukan benda tu.
Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran single terbaharunya berjudul Cerita Luka yang berlangsung di Tenera Hotel, pada Selasa.
Ameng Spring jadi perantara

Tambah Syafiq, pertemuan mereka berlaku selepas adik kandungnya itu bertemu penyanyi Ameng Spring yang menjadi penghubung antara mereka.
Waktu itu dia jumpa Ameng Spring. Saya memang selalu juga jumpa dengan Ameng. Ameng beritahu, ‘Ni adik mu ni nak jumpa mu ni.
Bila dapat contact, kita dah call, cakap baik-baik dan dia ada juga minta maaf atas apa yang berlaku dulu-dulu. Tapi sebenarnya pada saya benda tu bukan salah dia pun.
Dia tak tahu apa-apa. Masa tu dia masih kecil, darjah empat atau darjah lima macam tu. Dia tak tahu nak fikir mana yang okay dan mana yang tidak.
Bercerita mengenai keperibadian Amirul, pelantun lagu Sepi itu menyifatkan adik seorang yang baik dan beradab.
Dia pun orangnya beradab, tidak seperti mana sangkaan saya sebelum ni.
Sebab dulu saya fikir mungkin dia tidak suka saya, tapi sebenarnya benda tu tak wujud pun. Dia orangnya baik-baik sahaja.
Sementara itu, Syafiq berkata hubungan mereka kini semakin selesa meskipun masih wujud rasa kekok selepas bertahun-tahun tidak berjumpa.
Alhamdulillah okay, selalu contact apa semua. Saya layan dia macam adik je. Cumanya ada sedikit awkward sebab lama tak jumpa.
Saya kalau layan adik-beradik saya macam kawan-kawan. Tapi saya takut bila saya buat macam tu, dia kurang selesa sebab cara kita membesar mungkin berbeza.
Untuk bonding saya dengan dia mungkin lain sikit, tapi dia penerimaan okay je.
Untuk info, Syafiq merupakan anak keempat daripada lima beradik yang mempunyai ibu dan bapa yang sama. Manakala, Amirul pula merupakan adik kandung Syafiq yang berkongsi bapa yang sama tetapi berlainan ibu.
The post [VIDEO] Syafiq Farhain Syukur Kembali Bertemu Adik Kandung, Hubungan Kembali Akrab – ‘Rasa Sedikit Kekok Sebab Lama Tak Jumpa’ first appeared on OHBULAN!.





