24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sudah Tiga Tahun Berkahwin, Miller Khan & Isteri Pilih Buat Rawatan IVF – ‘Doakan Kami Cepat Dapat Anak’

    Shopee Sale



    Selepas tiga tahun berkahwin, pelakon kelahiran Malaysia yang terkenal di Indonesia iaitu Miller Khan mendedahkan dia dan isterinya, Farina Rebecca sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata melalui rawatan ‘in-vitro fertilization’ (IVF).

    ‘Kami bukan muda lagi’

    Ketika ditemui , Miller atau nama lengkapnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan bersama isteri serta ahli keluarga yang lain.

    Saya dan isteri sudah bernikah selama tiga tahun tapi kami belum rezeki untuk mempunyai anak dan sekarang mahu melakukan rawatan IVF.

    Jadi, doakan ya semuanya semoga cepat-cepat kami dapat anak.

    Ini percubaan kali pertama kami dan proses itu akan dilakukan di Jakarta.

    Miller berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Larrie X Miller Khan yang bertempat di Hyatt Centric Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

    MENARIK:  Solat: Terapi Jiwa & Rahsia Kekuatan Tubuh

    Ketika majlis berlangsung, Miller juga diumumkan sebagai duta bagi jenama tersebut bagi pasaran di Malaysia dan Indonesia.

    Bercerita lanjut, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Cinta Di Langit Taj Mahal’ itu memaklumkan faktor usia yang makin meningkat menjadi penyebab dirinya dan isteri mengambil keputusan untuk melakukan rawatan tersebut.

    Keputusan ini tidaklah drastik ditambah pula usia kami bukanlah muda lagi.

    Lagi pula, sebelum memutuskan untuk melakukan rawatan ini, kami berdua sudah berbincang dan sepakat.

    Malah, kami juga ada memaklumkan kepada keluarga masing-masing dan dapat persetujuan mereka.

    Sekadar info, Miller berkahwin dengan Farina yang merupakan seorang pereka fesyen pada 10 November 2021.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah