Selepas dituduh mempunyai hubungan sulit dengan bekas isteri penyanyi Virgoun, iaitu Inara Rusli, Insanul Fahmi akhirnya tampil membuat pendedahan bahawa mereka sebenarnya sudah berkahwin sejak Ogos lalu.
Artikel Berkaitan: Inara Rusli Didakwa Jadi ‘Penyondol’, Zina Dengan Suami Pempengaruh?
Mengaku sudah bernikah
Menerusi podcast bersama Richard Lee, lelaki berusia 25 tahun itu menangis sambil mengakui bahawa dia telah berkahwin dengan Inara Rusli pada Ogos 2025 tanpa pengetahuan isteri pertama, Wardatina Mawa.
Insanul kemudian menunjukkan surat dan video yang membuktikan bahawa mereka sudah sah bergelar suami isteri.
Bagaimanapun, Insanul menjelaskan pada awalnya Inara tidak mengetahui bahawa dirinya masih berstatus suami orang. Hal ini kerana, dia membohongi Inara dengan mengaku dirinya seorang duda.
Waktu itu saya beritahu Inara saya sudah cerai. Talak dua. Sebab sebelum itu saya pernah melafazkan dua kali talak secara kias dan bila saya tanya ustaz serta orang yang lebih arif, mereka kata sudah jatuh talak.
Insanul menjelaskan bahawa rumah tangganya dengan isteri pertama sudah bergolak sejak enam tahun lalu. Disebabkan mereka sering bertengkar, Insanul banyak menghabiskan masa di luar rumah untuk bekerja.
Dia kemudian bertemu Inara pada Julai lalu dan mereka berkenalan atas urusan perniagaan. Namun lama-kelamaan, Insanul mula jatuh hati kepada Inara.
Mulanya saya langsung tak terfikir untuk berkahwin dengan Inara. Tidak sama sekali. Demi Allah. Pertemuan kami memang untuk urusan bisnes. Ketika itu saya nampak perkara-perkara yang selama ini saya perlukan.
Waktu itu dia (Inara bilang) ‘Sudah saya tidak mahu teruskan (poligami)’. Tapi saya pujuk dan yakinkan dia, jadi dia setuju. Mawa juga pernah izinkan saya poligami.
Menurut Insan, pada 2023 dia pernah menyatakan kepada Mawa bahawa dia ingin berkahwin lagi isterinya itu sudah memberikan keizinan.
Sementara itu, Insanul menjelaskan tentang rakaman CCTV yang memaparkan dirinya melakukan persetubuhan bersama Inara.
Menurutnya, rakaman tersebut adalah pada 8 Ogos di mana dia dan Inara sudah pun sah bernikah.
Sumber: Detik Hot, CNN Indonesia
The post [VIDEO] Suami Pempengaruh Menangis, Mengaku Nikahi Inara Rusli Tanpa Izin Isteri Pertama first appeared on OHBULAN!.





