Pelakon Datin Intan Najwa baru-baru ini menarik perhatian netizen apabila berkongsi pandangannya mengenai kepentingan seorang wanita untuk berdikari dari segi kewangn.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa Adalah Kebahagiaan Sebenar Saya’ – Intan Najuwa
Artikel Berkaitan: ‘Selagi Nama Tak Disebut, Kami Tak Nak Komen’ – Rizman Ruzaini Respon Dakwaan Tak Bayar Hutang Intan Najuwa
Isteri cari rezeki sendiri

Menerusi sebuah sesi live di TikTok miliknya, pemilik nama Intan Najwa Abdul Wahid menyatakan bahawa adalah penting bagi seorang isteri untuk memiliki kewangan sendiri meskipun telah berkahwin dengan lelaki yang berkemampuan.
Intan turut menasihati para wanita agar tidak terlalu bergantung kepada pendapatan suami, sebaliknya terus berusaha mencari rezeki sendiri.
Suami bagi elaun itu bonus. Tetapi kalau kita ada kemampuan sendiri dan mampu mencari duit, kenapa tidak?
Sebab rezeki ini tidak akan pernah ada penghujungnya. Selagi ada tenaga dan tubuh badan yang sihat, carilah rezeki sendiri.
Elaun suami hanya bonus

Tambah pelakon drama Racun Rihanna ini lagi, walaupun suami memberi nafkah dalam jumlah yang besar, isteri harus menganggapnya ia sebagai rezeki tambahan dan bukan alasan untuk berhenti berusaha.
Walaupun suami bagi berpuluh ribu sebulan, anggap itu rezeki lebih. Rezeki yang kita cari sendiri itu bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri sendiri.
Sekadar info, Datin Intan mendirikan rumah tangga bersama Yang Hormat Dato’ Ahmad Azraf Azman pada tahun 2023, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Suami Bagi Elaun Itu Bonus’ – Intan Najwa Nasihat Wanita Supaya Ada Kewangan Sendiri first appeared on OHBULAN!.





