26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Malu Ketika Wajahnya Tercatat Ketika Memberikan 5,000 Ais Krim Di Makkah

    Shopee Sale



    Siti Nurhaliza

    Umum mengetahui penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika ini sedang mengerjakan ibadah umrah.

    Sedekah 5,000 ais krim

    Siti Nurhaliza

    Terbaharu, tular sepotong video memperlihatkan Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 45, sedang mengagihkan ais krim kepada jemaah yang sedang berjalan di sebuah kawasan.

    Menerusi video tersebut, Siti yang mengenakan baju berona jingga dilihat sedang memegang sebuah kotak berisi ais krim dan mempelawa jemaah untuk mengambil makanan itu.

    Pelantun lagu Cindai itu kemudian berasa malu apabila momen tersebut dirakam oleh seorang individu dipercayai rakannya.

    Menurut individu terbabit, ibu kepada dua cahaya mata itu mengagihkan sebanyak 5,000 ais krim.

    Sementara itu, rata-rata wargamaya memuji sikap anak kelahiran Pahang itu yang tidak lokek bersedekah dan mendoakan agar rezeki Siti terus diperluaskan.

    Untuk info, Siti berangkat ke Tanah Suci bersama keluarganya termasuk suami, Datuk Seri Khalid Jiwa, dua orang anaknya, Siti Aafiyah dan Muhd Afwa, ibunya iiatu Siti Salmah serta beberapa ahli keluarga lain.

    MENARIK:  [VIDEO] Bella Astillah Teruja Dapat Motor Skuter Elektrik, Nombor Plat BELL4!

    Video

    " data-video-id="7325045526183939335">
    @kick_kapoor8989 Patutlah Murah rezeki Kak Siti.. Rajin bersedeqah dan sering mengajak sama sama bersedeqah… #fyp #fyp? #masukberanda @Siti Nurhaliza ? Menjaga Cintamu – Original Soundtrack From Anwar, The Untold Story – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah