Kemelut rumah tangga antara pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli menjadi antara topik perbincangan yang hangat di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Sikit Pun Tak Pernah Keluar Dari Mulut Saya Penat & Burn Out Jaga Anak’ – Uqasha Senrose
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bersabar Untuk Anak? Sudah Setahun Saya Bersabar’ – Uqasha Senrose
Rasa empati
Menerusi perkongsian di TikTok, personaliti media sosial dan usahawan, Shaniena Natasya meluahkan rasa kurang senang terhadap warganet terutama daripada kaum Hawa yang mempertikai masalah yang sedang dihadapi Uqasha.
Menurut Shaniena, sebagai ibu mereka seharusnya memahami keadaan aktres itu dan menzahirkan empati.
Ada netizen yang komen tentang Uqasha, ‘anak satu pun dah burn out, aku yang anak ramai ini macam mana?’
Perempuan dengan perempuan pun kadang-kadang…sepatutnya bagilah nasihat, mungkin betul apa yang dia post itu ada yang tidak sepatutnya tapi awak sebagai wanita, awak kena faham.
Saya percaya setiap ibu mungkin ada postpartum depression (kemurungan selepas bersalin), malah saya sendiri pun ada.
Sebagai perempuan kita sepatutnya sokong antara satu sama lain. Tapi kenapa awak semua ini pelik?
Semuanya takdir Allah

Dalam masa yang sama, ibu kepada seorang anak itu menasihati warganet supaya menjaga kata-kata dan penulisan mereka.
Yang sokong dan faham, Alhamdulillah tapi yang lain terutama dekat Threads, Ya Allah..kenapalah jadi begitu.
Bila bercakap tengok kiri dan kanan, jangan ingat rumah tangga kita takkan diuji.
Bahagia hari ini, entah esok bercerai. Kita tak tahu, semua di tangan Allah dan hati pun Dia yang pegang.
Sebelum ini, Uqasha meluahkan, walaupun dirinya tidak mendapat rehat yang cukup, namun dia terus kuat demi menjaga anak.
Dalam masa yang sama, Uqasha juga tidak dapat menanggung rasa rindu yang mendalam terhadap anaknya berikutan terpaksa ditinggalkan kerana komitmen kerja.
Terdahulu, mahkamah menetapkan 28 Oktober sebagai tarikh baharu untuk prosiding seterusnya kes perceraian Uqasha dan Kamal.
Keputusan itu dibuat oleh hakim susulan ketidakhadiran pihak defendan iaitu Kamal pada prosiding pertama yang berlangsung pada Rabu.
Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Imbas kembali, Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira berusia 18 bulan.
Sumber: TikTok Shaniena Natasya
The post [VIDEO] Shaniena Natasya Selar Netizen Persoal Isu ‘Burn Out’ Uqasha Senrose – ‘Sebagai Perempuan Sepatutnya Sokong Satu Sama Lain’ first appeared on OHBULAN!.





