Pelakon Liza Abdullah mengakui tidak lagi menyimpan sebarang rasa amarah terhadap pempengaruh media sosial, DMA Islam susulan kenyataan yang dibuat mengenai ketidakpentingan selebriti di Malaysia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Liza Abdullah Enggan Anak Guna ‘Cable’, Utamakan Bakat Untuk Jadi Pelakon
Artikel Berkaitan: DMA Islam Senarai Peraturan Untuk Bakal Isteri Turuti – ‘Aku Takkan Tukar Lampin Anak’
Seperti anak sendiri
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Liza dan DMA Islam dilihat bekerjasama bagi sebuah jenama baju raya.
Jelas Liza, dia bersyukur dipertemukan sekali gus memaklumkan tiada sebarang isu berbangkit antara mereka berdua.
Sebenarnya hari ini dengan izin Allah, kita pun dah tak mahu balas-balas.
Kita tak mahu mengajak orang ramai untuk jadi isu pada pendapat kita yang tak sehaluan.
Allah itu maha baik, hari ini kita bersyukur sebab dipertemukan. Kita kena bagitahu satu dunia, tiada lagi isu yang berbangkit.
Selain itu, pelakon berusia 61 tahun tersebut turut menganggap DMA Islam atau nama sebenarnya Danial Mirza seperti anak sendiri.
Di sini juga saya nak umumkan, saya dah anggap DMA Islam seperti anak saya sendiri.
Bila kita tengok-tengok balik, saya rasa macam dah tiada sebab untuk saya bergaduh.
Pendapat DMA Islam pada ketika itu, menyinggung perasaan saya yang dalam dalam industri.
Terdahulu, video Liza Abdullah berbalah mulut mengenai kenyataan DMA Islam yang menganggap kerjaya artis tidak penting untuk negara tular di media sosial.
Sumber: TikTok @founder.of.bana.u
The post [VIDEO] ‘Saya Umumkan DMA Islam Seperti Anak Saya’ – Liza Abdullah Perjelas Sudah Berbaik first appeared on OHBULAN!.





