Usahawan manisan terkenal, Kieda Crepe risau melihat suasana di premis perniagannya yang kini kurang menerima pelanggan.
Artikel Berkaitan: Dua Akaun TikTok Disekat, Netizen Nasihat Kieda Crepe – ‘Sebenarnya Diam Itu Lebih Baik’
Artikel Berkaitan: Kieda Crepe House Selamat, Pekerja Bebas Jangkitan – ‘Kami Mengalukan Kedatangan Anda’
Kurang pelanggan
Menerusi video terbaharu, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra berkata, dia banyak menerima mesej dari pelanggan yang menyangka premisnya itu ditutup.
Hari-hari kedai saya buka walaupun hari-hari kami terima WhatsApp bertanyakan kepada saya, ‘Kieda kenapa kedai tutup? Kenapa nampak macam tak ada orang dekat kedai Keida?’
Dekat luar nampak lawa tetapi dalam suram. Saya hari-hari buka kedai.
Setiap kali masuk kedai anak mesti menangis.
Doa untuk Kieda

Menurut Kieda, barang jualan juga seolah-olah kurang mendapat sambutan daripada para pelanggan.
Makanan basah kita dah banyak kurangkan tapi masih tak habis.
Kami pernah restock banyak, semuanya habis tapi sekarang restock sikit tak habis pula.
Walau bagaimanapun, Kieda tidak akan berputus asa dan memohon agar orang ramai mendoakan perniagannya itu.
Selagi saya ada semangat dan usaha, saya akan terus berusaha.
Saya mohon doakan yang baik-baik untuk saya dan kedai ini kembali ceria, budak-budak pun harapnya tak menangis lagi.
Sumber: TikTok Kieda Crepe
The post [VIDEO] ‘Saya Buka Kedai Hari-Hari Tapi Ada Yang Tanya Kenapa Tutup’ first appeared on OHBULAN!.



Jemput singgah mai harini , pembelian crepe NO SUPPORT VENDOR
@AMY KIEDA MERCHANDISE @KC CREPE PENANG 

