Pelakon Fattah Amin akhirnya mendedahkan status sebenar hubungannya dengan penyanyi Amira Othman yang sebelum ini hanya dikenali sebagai rakan sekerja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Nikah 14 September Ini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Berbaju Pengantin, Kad Misteri ‘A & F’ Cetus Spekulasi
Buat kejutan
Muncul membuat kejutan di majlis pelancaran lagu Rasa & Takdir, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkongsi berita gembira bahawa mereka kini bakal melangkah ke fasa lebih serius dalam hubungan.
Mesti ramai yang pelik saya ada di majlis pelancaran Rasa & Takdir. Sebenarnya hari ini saya dan Amira, ada berita baik untuk diumumkan yang nak kongsi dengan semua.
Seperti semua orang tahu kami adalah rakan sekerja dan selepas beberapa lama berkenalan, kami insyaAllah ingin bertukar status dari rakan sekerja kepada rakan serumah.
Amira atau Nadia Amira Othman, 32, pula turut menzahirkan rasa syukur kerana akhirnya dapat menunaikan janji yang sering ditunggu-tunggu peminat dan pihak media.
Setiap kali ditemu bual, media akan tanya bila akan berkahwin dan dah janjikan bila ada kami akan kongsikan.
Dengan itu kami melunaskan janji itu, kami nak ajak semua saksikan majlis pernikahan saya dan Fattah di UnifiTV secara percuma.
Pasangan itu bakal diijabkabulkan pada 14 September ini yang juga merupakan tarikh kelahiran aktor itu.
Sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa pelakon Fattah Amin bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat.
Khabar tersebut didedahkan oleh seorang pengguna Threads iaitu Kimchikims_ yang mendakwa dia mendapat maklumat itu daripada sumber boleh dipercayai.
Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
The post [VIDEO] ‘Saya & Amira Bertukar Status Dari Rakan Sekerja Kepada Rakan Serumah’ – Fattah Amin first appeared on OHBULAN!.




# #news #fattahamin #amiraothman 

