Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan puteri tercinta, Tunku Sofia Najihah, meskipun anaknya lahir dalam keluarga Diraja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarimah Ibrahim Dedah Anak Dibuli, Rambut & Penampilan Bercermin Mata Dikondem – ‘Berilah Dia Jadi Budak’
Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Kini Bergelar Produser – ‘Sebagai Artis Tak Boleh Berlakon Sahaja’
Kanak-kanak normal

Ketika ditemui , Sarimah memberitahu dia mahu mendidik cahaya matanya itu seperti kanak-kanak yang lain.
Menurut aktres berusia 47 tahun tersebut, pendekatan yang diambil adalah lebih tertumpu kepada keperibadian diri.
Saya nak dia membesar dengan senormal yang mungkin.
Cara saya didik dia adalah untuk dia fokus kepada pembentukan peribadi dan personaliti, bukan sekadar pada rupa.
Selama mana dia boleh menjadi budak, biarkan dia menjadi budak.
Masa zaman kanak-kanak kita dulu pun tiada telefon dan internet. Kita bermain di luar rumah sampai maghrib. Jadi saya mahu membesarkan anak dengan cara sebegitu iaitu kurangkan penggunaan teknologi.
Sarimah berkata demikian ketika ditemui pada jelajah Anugerah Melodi Terhangat yang berlangsung di Kuantan City Mall, Pahang baru-baru ini.
Penampilan anak
View this post on Instagram
Dalam masa yang sama, pelantun lagu Kini Kau Tiada tersebut berkata, dia tidak terlalu menekankan tentang penampilan diri anaknya.
Sarimah malah memberi kebebasan untuk Tunku Sofia memilih gaya tersendiri tanpa meletakkan persepsi orang sebagai penanda aras.
Dari segi penampilan pula, dia masih muda umur pun baru enam tahun. Dia akan pilih sendiri baju kartun kegemarannya. Kita dahulu pun begitu..main diluar rumah dan panjat pokok.
Kalau boleh saya nak dia membesar sebegitu kerana zaman kanak-kanak hanya sekali.
Saya kongsikan cara mendidik anak dengan jujur tapi saya tidak pula memikirkan tentang persepsi orang.
Dalam perkembangan lain, pelakon drama Lelaki Itu tersebut tercalon sebagai Top 10 bagi kategori Selebriti Drama Sangat Terhangat untuk anugerah berkenaan.
Terdahulu, Sarimah menerusi sebuah podcast mendedahkan bahawa anak perempuannya didakwa menjadi mangsa buli siber kerana penampilan.
Bagaimanapun, pendirian Sarimah terhadap cara didikannya mendapat sokongan daripada warganet.
Untuk info, Sarimah berkahwin dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada tahun 2015.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
The post [VIDEO] Sarimah Ibrahim Mahu Anak Membesar Seperti Kanak-Kanak Lain – ‘Biarkan Dia Menjadi Budak’ first appeared on OHBULAN!.





