
Usahawan sensasi, Sajat menitip pesanan buat pempengaruh Imran Bard yang tular dengan isu hantarannya yang didakwa melampau.
Pesanan Sajat
Menerusi klip potongan siaran langsung di TikTok, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 40, akui meminati Imran dengan konten-kontennya yang menghiburkan.
Walau bagaimanapun, dia enggan pempengaruh berusia 24 tahun itu memanjangkan isu dan segera membuat permohonan maaf.
Terus terang, saya suka Imran.
Konten-konten dia kelakar.
Sebagai anak seni, jangan panjangkan cerita dan mintak maaf.
Memang kau rasa kau tak salah, tapi orang pihak sana rasa benda itu salah, kau mintak maaf saja.
Lepas ini, kalau buat konten guna nama mat saleh saja.
Netizen setuju




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pesanan usahawan berusia 40 tahun itu. Selain itu, warganet turut berharap agar Imran tidak memanjangkan isu tersebut.
Sekadar info, Imran telah didakwa mencemarkan nama pelakon veteran, Ellie Suriaty dengan penyalahgunaan dadah meskipun hantaran tersebut hanyalah sebuah video parodi.
Tidak berhenti disitu, Ellie membuat sidang media dan menggesa ibu bapa kepada pempengaruh sensasi itu untuk tampil memohon maaf terhadapnya dalam masa terdekat.





