32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Roslan Shah Nafi Tuduhan Mencuri, Tak Kecil Hati Mangobossku Bergurau Kasar – ‘Saya Sudah Anggap Dia Macam Keluarga’

    Shopee Sale



    Selepas kecoh mengenai Roslan Shah dituduh mencuri wang berjumlah RM66,000 (SGD 20,000) milik pempengaruh terkenal Singapura, Mangobossku, pengacara dan pelakon itu tampil memberi penjelasan.

    Ujian kejujuran

    Menurut Roslan, dia dan Mangobossku sudah merancang konten itu. Bagaimanapun, Roslan, 53, menegaskan itu bukan gimik murahan seperti diperkatakan netizen.

    Tiada istilah gimik murahan, siapa yang buat kandungan media sosial pastinya nak jumlah tontonan yang tinggi.

    Itu semua adalah satu teknik pemasaran. Saya pun tak suka buat-buat gaduh ini kerana impak dia sangat menjadi.

    Tak tergamak tikam belakang

    Tambah Roslan, dia tidak pernah terlintas untuk berkelakuan jahat di belakang Mangobossku.

    Mangobossku memang selalu bergurau kasar, tapi saya tak pernah ambil hati sebab saya kenal hati budi dia.

    Selama lebih setahun perkenalan kami, dia memang orang yang baik. Saya sudah anggap dia macam keluarga sendiri.

    Dalam pada itu, Roslan menyatakan dia terhutang budi dengan pempengaruh dan keluarga kerana memberi layanan baik termasuk memberi kata laluan untuk masuk ke rumah dan dibawa pergi bercuti bersama.

    Selain Mangobossku saya juga rapat dengan isteri dan anak-anaknya. Mereka memberi kepercayaan penuh kepada saya termasuk pernah memberi kata laluan untuk masuk ke rumah yang dipenuhi barang berharga termasuk wang tunai.

    Malah mereka selalu bawa saya bercuti ke luar negara. Jadi untuk saya mencuri duit jualan memang tidak pernah terlintas. Saya ikhlas berkawan dan tidak mahu rosakkan persahabatan.

    Terdahulu dalam video berdurasi lebih dua minit itu, Roslan pada awalnya menganggap Mangobossku hanya bergurau atau melakukan ‘prank’. Namun, situasi bertukar serius selepas wang SGD 20,000 itu benar-benar dijumpai dalam begnya.

    MENARIK:  Datuk Red Enggan Berpisah, Ingin Menyelamatkan Hubungan dengan Datin Red

    Menafikan dakwaan itu, Roslan dilihat menangis teresak-esak sambil mempertahankan dirinya daripada tuduhan mencuri.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah