32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Rina Ingin Tahu Bagaimana Dia Dilahirkan, Reaksi Maryam Sentuh Hati Netizen

    Shopee Sale

    Perbualan personaliti media sosial, Maryam Younarae bersama anak sulungnya, Rina dalam perkongsian terbaharu di media sosial menyorot perhatian.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Maryam Risau Dengan Rina, Perlu Sesuaikan Diri Sebagai Muslim Di Korea Selatan

    Artikel Berkaitan: Ryzal & Maryam Kongsi Cabaran Dapatkan Sijil Halal, Kena ‘Scam’ RM10,000 Dengan Konsultan

    Takdir tuhan

    Menerusi perkongsian di Threads, Maryam muat naik video memaparkan Rina bertanya bagaimana dia boleh dilahirkan ke dunia ini.

    Omma (nama panggilan Maryam), macam mana boleh dapat Rina? Omma kahwin ke?

    Maryam kemudian menjawab dia bersungguh-sungguh berdoa dan merintih kepada Allah SWT supaya Rina dilahirkan menjadi anaknya.

    Omma doa dengan Allah SWT. Omma nak Rina, Omma tak minta orang lain, memang nak Rina.

    Omma rajin doa memang nak Rina.

    Dalam pada itu, Maryam turut meluahkan rasa syukur atas takdir atas takdir yang menjadikan Rina sebagai anaknya.

    MENARIK:  [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Bekas Suami Datang Rumah Bekas Isteri Untuk Jumpa Anak

    Kata Maryam, kehidupannya menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Rina di sisinya.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya berasa terharu dengan perbualan dua beranak itu selain menyifatkan Maryam seorang ibu yang baik.

    Segelintir mereka juga memuji Maryam kerana mengajar anaknya supaya berdoa dan memohon apa sahaja tanpa had dengan Allah SWT.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Rina Ingin Tahu Bagaimana Dia Dilahirkan, Reaksi Maryam Sentuh Hati Netizen first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah