28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Penceraian Selebriti Tak Buat Azira Shafinaz Bimbang Untuk Berkahwin – ‘Tak Beri Kesan Pada Saya, Doakan Saya Cepat Kahwin’

    Shopee Sale



    Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz tidak berasa bimbang meneruskan hasratnya untuk berkahwin meskipun industri hiburan dipenuhi dengan berita kes penceraian beberapa selebriti tanah air sejak akhir-akhir ini.

    Azira tak terganggu

    Ketika ditemui , Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan berkata, itulah lumrah yang dihadapi setiap pasangan yang sudah berkahwin di mana mereka perlu berdepan dengan pelbagai ujian dan rintangan.

    Tidak terganggu ataupun beri kesan kepada saya. Setiap orang melalui bermacam kesukaran hidup.

    Saya sendiri tidak ambil perkara tersebut sebagai satu benda yang boleh menakutkan saya untuk ke alam perkahwinan.

    Bagi saya, cuma doakan semoga saya cepat kahwin.

    Azira berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi penggambaran drama ‘One Cent Thief 2’ yang diadakan di Bandaraya Malaysia, Kuala Lumpur pada Ahad.

    ‘Doakan saya cepat kahwin’

    Ketika ditanya mengenai perancangan untuk berkahwin, anggota kumpulan De Fam memaklumkan dia masih tidak mempunyai jawapan kerana ketika ini sedang memberikan tumpuan kepada kerjayanya.

    MENARIK:  Jarak Usia 40 Tahun, Jenna Ortega & Johny Depp Sedang Hangat Bercinta?

    Walau bagaimanapun, Azira meminta orang ramai untuk mendoakannya agar cepat mendirikan rumah tangga.

    Buat masa ini belum ada lagi (perancangan kahwin). Doakan untuk saya sebab saya bersedia ja.

    Kalau nak kata berbincang, memang dah lama bincang tetapi kalau ada, ada lah.

    Buat masa sekarang saya tumpukan sahaja kepada diri sendiri dan karier. Apa-apa akan didedahkan nanti kalau sudah tiba masanya.

    Sebelum ini, penyanyi berusia 33 tahun memaklumkan dia sedang menunggu masa paling tepat untuk bergelar isteri kepada seorang jejaka yang dikenalinya sejak 12 tahun lalu.

    Azira juga pernah memberi bayangan seolah-olah bakal mengakhiri zaman bujang apabila berkongsi ucapan istimewa buat kekasihnya pada September tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah