27.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Pelakon Baharu Tidak Hormat Zamarul Hisham? – ‘Memang Ada, Saya Tidak Tahu Apa Masalah Dia’

    Shopee Sale

    Pelakon Zamarul Hisham tidak menafikan dakwaan terdapat seorang pelakon kurang senang dan tidak menghormati sepanjang bekerja bersama.

    Artikel Berkaitan: Zamarul Hisham Kini Bergantung Pada Ubat, Perlu Jalani Satu Lagi Prosedur Sten Jantung – ‘Saya Bawa Ubat Kemana-Mana’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zamarul Hisham Fikir M*ti Masa Terlantar, Syukur Diberi ‘Peluang’ Kedua – ‘Pada Saya Ini Teguran Dari Allah’

    Tak profesional

    Menerusi temu bual bersama Melodi, Zamarul, 54, mendedahkan pelakon berkenaan menunjukkan tingkah laku kurang profesional sepanjang penggambaran 28 episod sebuah drama sebelum ini.

    Memang ada. Ada seorang pelakon ini, bila datang set pengambaran saya senyum dekat dia tapi dia tidak balas senyuman saya.

    Kita yang kena pergi salam dengan dia. Bila bersalaman, dia pun tidak pandang dan senyum.

    Bila ajak rehearsal tidak mahu.

    Bagaimanapun, Zamarul berkata dia tidak mahu menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang serius meskipun telah berpengalaman lebih tiga dekad dalam industri seni.

    Saya tidak mahu sebut nama, saya tidak tahu apa masalah anda dengan saya atau mungkin itu adalah perangai awak dengan semua pelakon tetapi dalam bidang ini saya nak tegur.

    Dulu kalau jumpa artis senior, kita menghormati dan ini yang perlu diterapkan oleh pelakon baharu. Paling penting adab.

    Saya tidak tahu apa masalah dia tapi kalau saya ada buat silap saya minta maaf.

    Ketika ditanya sama ada dirinya sukar didekati, Zamarul menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa perwatakannya sebenarnya berbeza daripada apa yang digambarkan.

    Sebenarnya saya seorang yang kelakar. Dekat luar saya boleh bergaul dengan semua orang.

    Sebab itu bila dengan pelakon baharu ini saya tidak letakkan gap seperti pelakon lama dan senior.

    Apabila berlakon dalam satu drama, para pelakon ini ibarat seperti keluarga.

    Sumber: Melodi

    MENARIK:  ‘Jangan Biarkan Hari Berlalu Macam Tu Je, Pergi Jumpa & Peluk…Abaikan Bodyguard Tu Semua’ – Abby Abadi

    The post [VIDEO] Pelakon Baharu Tidak Hormat Zamarul Hisham? – ‘Memang Ada, Saya Tidak Tahu Apa Masalah Dia’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah