30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 30, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Pegang Tangan Dia, Sama-Sama Masuk Syurga’ – Iddin Ramli Tegaskan Suami Perlu Bimbing & Lindungi Isteri 

    Shopee Sale

    Pendakwah selebriti dan personaliti media sosial, Iddin Ramli, berkongsi tentang pandangannya mengenai sifat-sifat yang wajib ada dalam diri bagi setiap lelaki yang bergelar suami.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kau Miskin, Tak Ada Duit Tapi Sibuk Cari Jodoh..Apa Masalah?’ – Iddin Ramli

    MENARIK:  Sasha Abdul Aziz Selamat Bersalin Anak Ketiga

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iddin Ramli Tegur Trend Pakai Tudung Labuh Tapi Jarang & Nipis – ‘Kadang Nampak Rantai’

    Lelaki pemimpin yang membimbing

    " data-video-id="7564338231362276615" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @iddinramlii

    Salah pilih @jane

    ♬ original sound – DNP – DNP

    Menerusi perkongsian di TikTok, pempengaruh Aireena Sofia, 21, memberikan kenyataan tentang kesan kesilapan dalam memilih pasangan.

    Kalau salah pilih isteri, kita boleh bimbing, tapi kalau salah pilih suami, hidup kita hancur.

    Iddin kemudian memberikan respon terhadap kenyataan Aireena dengan menjelaskan maksud sebenar tanggungjawab yang perlu digalas oleh suami iaitu membimbing isteri ke jalan yang diredai oleh Allah SWT.

    Selain itu, Iddin juga menyifatkan amanah yang dipikul oleh suami sangat besar seperti seorang pemimpin dan kerajaannya.

    Tugas suami itu perlu mebimbing, sebagai lelaki yang Qawwam. Seorang lelaki memang sifatnya kena bawa isteri, pegang tangan isteri, sama-sama masuk ke dalam syurga.

    Sebagai pemimpin, bayangkan sebuah kerajaan itu salah ketua, seluruh negara itu akan hancur.

    Bukan sekadar fizikal, tapi emosi & mental isteri

    Dalam masa yang sama, Iddin berkata, terdapat segelintir suami yang salah faham dengan maksud sebenar melindungi isteri.

    Menurut Iddin, perlindungan bukan hanya sekadar menyediakan rumah, makanan dan minuman semata-mata, tetapi ia turut melibatkan kestabilan emosi serta mental isteri. 

    Sebab ada orang yang mempunyai suami tapi takut untuk meluah, sebab si isteri tahu pada akhirnya dia tidak akan dapat tindak balas seperti mana yang disangka.

    Jadi, suami itu tidak menjadi tempat perlindungan yang nyaman untuk dia.

    Melindungi bukan sekadar sediakan rumah, tetapi emosi dan perasaan itu sangat memainkan peranan.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Pegang Tangan Dia, Sama-Sama Masuk Syurga’ – Iddin Ramli Tegaskan Suami Perlu Bimbing & Lindungi Isteri  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah