28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Nora Danish Berjaya Sambung Bacaan Surah Al-Mulk Buat Netizen Kagum – ‘Tajwid Not Bad, Mesti Selalu Berdamping Dengan Al-Quran’

    Shopee Sale



    Pelakon jelita, Nora Danish telah menarik perhatian warganet dengan alunan bacaan daripada salah satu surah Al-Quran yang dihafalnya.

    Hafalan surah

    " data-video-id="7442670575274773778" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @qawiyaro

    MasyaAllah powerful ye amalan kak @DanishNora ? semoga kita semua terus istiqomah ?? #terjahngaji #quranchallenge

    ? original sound – qawiyaro – qawiyaro

    Menerusi hantaran di TikTok, pempengaruh yang terkenal dengan cabaran membaca Al-Quran, Qawiy telah meminta Nora untuk membaca surah Al-Mulk.

    Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif dilihat berjaya menyambung bacaan surah tersebut dengan baik dan mendapat pujian daripada Qawiy.

    MasyaAllah banyak hafalan tu. Kalau tak berhenti, nak baca lagi tu boleh habis satu surah.

    Kami seronok lihat perubahan Nora.

    Menurut aktres berusia 42 tahun itu, dengan mendalami Al-Quran, ia telah memberi impak dalam penghijrahannya untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

    Tapi tajwid belum betul-betul elok lagi.

    Yang itu (perubahan) adalah di atas doa-doa anda semua. Terima kasih.

    Apa yang saya belajar melalui penghijrahan saya adalah dekatkan diri selalu dengan Al-Quran sebab ia adalah pendamping kita nanti.

    Pada akhir video tersebut, pelakon filem Polis Evo 3 itu juga berkongsi zikir yang menjadi amalannya.

    Ramai orang tanya, macam mana saya berhijrah, saya amalkan zikir ini.

    Zikir itu mendekatkan diri kita dengan Allah, dicintai Allah dan didekatkan juga dengan orang yang mencintai Allah.

    Saya berubah pun disebabkan oleh ramai orang-orang baik dekat dengan saya.

    Semoga saya boleh hafal banyak lagi surah.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha Nora dalam menghafal surah dan kagum dengan penghijrahannya.

    Tajwid dia not bad ya.

    Hebat Nora, bacaannya hampir sempurna. Mesti dia selalu berdamping dengan Al-Quran.

    MasyaAllah bagus bacaannya, kena baiki sikit je lagi. Seronok tengok Nora berubah macam ini. Semoga istiqamah sampai akhirnya.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Lagu APT Zina Telinga, Lirik Ajak Pergaulan Bebas’ – Ustaz Adnin

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah