
Pelakon Nina Kho mendedahkan pernah berdepan dengan masalah buli ketika dibangku sekolah kerana mempunyai darah kacukan.
Sepupu rapat pun buli

Ketika ditemui , pemilik nama Nina Kho Siew Ching itu berkata dia bukan sahaja dibuli dengan rakan sekolah malah sepupu terdekatnya juga mengasingkan diri daripadanya.
Sebagai Cina Bidayuh dan mempunyai darah kacukan, saya pernah kena buli di sekolah rendah sebab mereka tidak suka saya.
Kebanyakan mereka yang berbangsa Cina mempunyai mata yang sepet tetapi saya mata besar dan bibir pula tebal.
Segelintir sepupu yang rapat dengan saya pun ejek saya jadi saya rasa rendah diri sejak dari kecil lagi.
Nina berkata demikian ketika ditemui di tayangan perdana filem Raya Emas: Salako Sacred Treasure yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin.
Cantik tu subjektif

Bagaimanapun, Nina berkata apabila menginjak ke alam dewasa dia mula sedar bahawa kecantikan itu adalah subjektif.
Apabila semakin dewasa, saya banyak ke luar negara dan mereka sering cakap saya mempunyai kecantikan yang unik.
Saya juga pernah sertai beberapa pertandingan ratu cantik, mereka kata muka saya eksotik dan saya baru tahu perkataan eksotik.
Dari situ saya sedar sebagai seorang perempuan yang pernah kena kritik, sebenarnya bukan kita tidak bagus tetapi berada di tempat salah. Kalau ada di tempat yang ‘betul’, kita akan dihargai.
Sementara itu, Nina turut menasihatkan orang ramai supaya tidak berdiam diri jika dibuli.
Saya percaya kalau kita dilayan dengan tidak adil, kita kena bersuara. Kita tidak boleh benarkan orang buli.
Sebab dulu saya macam itu (diam), sampai memangis kerana tidak berani nak beritahu ayah saya sebab takut mereka risau.





