Pelakon, Yusuf Bahrin mengakui kehidupan sebagai anak seni tidak seindah yang disangka kerana apa yang dipaparkan kepada umum sering kali berbeza dengan realiti yang dilalui di sebalik tabir.
Artikel Berkaitan: ‘Suka Cakap Tanpa Selidik.. Bila Tuduh Jadi Fitnah’ – Yusuf Bahrin Jawab Dakwaan Wujud Orang Ketiga
Artikel Berkaitan: Yusuf Bahrin Mahu Saman Individu, Berang Dilabel Tidak Sekufu – ‘Zizi Kirana Dah Berhijrah, Tapi Dia Masih Dalam Bidang Lakonan’
Kerjaya sebagai anak seni

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Yusuf Bahrin, 34, beranggapan kerjaya yang mempunyai jadual kerja lapan jam sehari jauh lebih tenang dan teratur.
Menurutnya, waktu bekerja sebagai anak seni tidak menentu kerana kebanyakan proses kerja berlaku di sebalik kamera termasuk persiapan yang dilakukan oleh pasukan produksi di lokasi penggambaran.
Ramai ingat berlakon glamor. Jumpa artis, masuk televisyen, ramai kenal.
Kerja 9-5 sebenarnya lebih santai dalam banyak keadaan. Petang dah boleh balik rumah, makan dengan keluarga dan rehat.
Tapi apa yang orang nampak cuma 10 peratus saja. Lagi 90 peratus itu berlaku belakang kamera.
Banyak masa dihabiskan untuk tunggu lighting siap, tukar lokasi, touch up solekan, latihan dan retake babak yang sama berkali-kali.
Tambah Yusuf, realiti di sebalik tabir mampu menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang anak seni apabila perlu menghabiskan berjam-jam masa penggambaran untuk menghasilkan babak yang berdurasi kurang daripada seminit.
Scene menangis yang korang tengok 30 saat, mungkin ambil masa 2-3 jam untuk siapkan.
Penat fizikal satu hal. Penat mental lagi satu hal.
Sebab itu aku sentiasa hormati semua yang kerja dalam industri.
Sumber: Threads @yusuf_bahrin
The post ‘Kerja Jam 9 Pagi Hingga 5 Petang Lebih Relaks’ – Yusuf Bahrin Kongsi Penat Lelah Sebagai Anak Seni first appeared on OHBULAN!.





