Pelakon Mawar Rashid menolak dakwaan dia bakal kembali bergelar isteri dengan seorang lelaki dari negara Brunei.
Artikel Berkaitan: ‘Sekarang Saya Dapat Rasa Yang Saya Semakin Ceria, Positif & Bahagia’ – Mawar Rashid
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Makin Cantik Si Mawar, Tak Macam Mak Ada Tiga Anak’
Tidak benar

Ketika ditemui , pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 31, itu menafikan spekulasi tersebut malah dirinya sendiri tidak pasti dengan dakwaan tentang hari bahagianya.
Mana dapat info tu? Saya pun tak pernah tahu.
Kalau saya pun tak tahu, macam mana saya nak jawab? Saya pun terkejut dapat tahu khabar angin ini.
Mungkin salah orang rasanya..mereka mungkin salah ibu tunggal ni.
Menurut Mawar, desas-desus tentang perkara itu berkemungkinan timbul kerana ibunya juga mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki dari negara tersebut.
Mungkin ia terkait dengan saya sebab ibu saya baru berkahwin dengan orang Brunei. Jadi, mungkin sebab itulah keluar berita begini.
Mawar berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Nikmat Iftar Ramadan yang berlangsung di Tiffin 55, Wangsa Maju pada Sabtu.
Sementara itu, pelakon drama Nikmat Hanya Sesaat tersebut memaklumkan perhatiannya ketika ini adalah tertumpu kepada perkembangan anak-anak yang kian membesar.
Sekarang saya fokus pada anak-anak dan masa depan mereka. Itu adalah keutamaan saya.
Nak pula anak saya pun sudah ada yang masuk darjah satu.
Memang tak sempatlah nak keluar atau melakukan apa-apa.
Untuk rekod, Mawar dan bekas suami, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 sebelum disahkan bercerai pada November 2023.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta, dan Raden Seri Riyanna Sayang.
The post [VIDEO] ‘Mungkin Salah Orang’ – Mawar Rashid Nafi Bakal Kahwin Lelaki Brunei first appeared on OHBULAN!.





