Perkongsian sebuah video menampilkan usahawan selebriti, Neelofa yang mempromosikan makanan berasaskan kambing perap mencuri tumpuan warganet di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Akui ‘Picky’ Dalam Pilih Barangan Masak, Aksi Lincah Di Dapur Curi Perhatian Netizen
Artikel Berkaitan: Neelofa & PU Riz Jawab Dakwaan Bayaran Kelas Agama Harga ‘Kayangan’ – ‘Kami Buat Di Hotel 5 Bintang, Makanan Mewah & Ada Goodies Bag’
Muka Bilal tanpa sticker

Namun, perhatian warganet bukan terarah kepada produk yang dipromosikan, sebaliknya tertumpu kepada kehadiran anak sulungnya, Muhammad Bilal yang mencuri perhatian dengan gelagat polos dan menenangkan.
Dalam rakaman tersebut, Neelofa dilihat memulakan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum Bilal dengan lancar mengikut bacaan ibunya.
Momen ringkas itu nyata menyentuh hati ramai sehingga mengundang reaksi positif daripada netizen.
Kecomelan Bilal

Lebih menarik, wajah Bilal kali ini kelihatan jelas tanpa sebarang pelekat atau penutup, berbeza dengan kebiasaan Neelofa yang sebelum ini lebih berhati-hati dalam berkongsi wajah anaknya demi menjaga privasi.
Perkara itu membuatkan ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi teruja, dengan ramai menyedari perubahan tersebut dan tidak ketinggalan memuji kecomelan Bilal yang kini semakin membesar.
Antara komen yang mencuri perhatian termasuk pujian terhadap penampilan Bilal serta keterujaan melihat wajahnya secara lebih jelas buat pertama kali.
Difahamkan, ini adalah rakaman video lama namun kembali tular selepas akaun terbabit memuat naik.
Dalam masa sama, warganet turut memuji pendekatan Neelofa dalam mendidik anak apabila Bilal dilihat mampu mengikuti bacaan doa dengan baik, sekali gus mencerminkan penekanan terhadap asas pendidikan agama sejak usia kecil.
Untuk info, Neelofa berkahwin dengan Haris Ismail, yang lebih dikenali sebagai PU Riz, pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Muncul Tanpa ‘Sticker’, Kecomelan Bilal Anak Neelofa Buat Ramai Teruja first appeared on OHBULAN!.





