Usahawan dan personaliti media sosial, Maryam Younarae memaklumkan anak lelakinya, Rian kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pemantauan selama 48 jam susulan insiden terjatuh dari katil baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Detik Cemas Ryzal Ibrahim & Maryam, Anak Tak Sedarkan Diri Selepas Jatuh Katil – ‘Kuat Dia Nangis Lepas Tu Diam’
Artikel Berkaitan: ‘Kita Tiada Anak, Tak Tahu Rasa Sakit’ – Iman Troye Pertahan Ryzal Ibrahim, Anggap Video Detik Cemas Sebagai Rujukan Doktor
Rian berada dalam keadaan baik
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Maryam menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan dan mengambil berat tentang keadaan anaknya.
Menurut Maryam, Rian telah dibawa ke hospital sejurus selepas kejadian berlaku dan doktor menasihatkan supaya kanak-kanak itu dipantau selama 48 jam sebagai langkah berjaga-jaga.
Selepas memeriksa Rian, doktor menasihatkan kami untuk memantau keadaannya dengan rapi selama kira-kira 48 jam sebagai langkah berjaga-jaga.
Alhamdulillah, tempoh pemerhatian selama 48 jam telah berlalu dan Rian berada dalam keadaan baik.
Dia makan seperti biasa, tidur lena, tersenyum, bermain, mengenali ahli keluarga dan berkelakuan seperti dirinya yang biasa. Sepanjang tempoh pemerhatian itu, tiada sebarang simptom luar biasa.
Dalam masa sama, Maryam mengakui insiden tersebut menjadi peringatan buat dirinya dan suami untuk lebih berwaspada dan peka terhadap aspek keselamatan anak mereka.
Pengalaman ini mengingatkan saya betapa cepatnya kemalangan yang tidak dijangka boleh berlaku, walaupun ketika kita sudah melakukan yang terbaik sebagai ibu bapa.
Ia juga mendorong kami untuk lebih peka dan berhati-hati terhadap aspek keselamatan pada masa akan datang.
Pada Selasa, suami kepada Maryam iaitu Ryzal Ibrahim berkongsi detik cemas apabila anak mereka, Rian, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil.
Sumber: Instagram Maryam
The post [VIDEO] Maryam Kongsi Keadaan Anak Selepas Terjatuh Dari Katil – ‘Alhamdulillah, Rian Dalam Keadaan Baik’ first appeared on OHBULAN!.





