26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Linda Hashim Kecewa Beego Sengaja Lambatkan Kes, Lafaz Taklik Ditangguh Pada Februari

    Shopee Sale

    Keputusan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menangguhkan prosiding lafaz taklik bagi pasangan selebriti Linda Hashim dan Beego.

    Artikel Berkaitan: Hakim Beri Amaran Keras Pada Beego, Tiga Kali Tak Hadir Prosiding Perceraian

    MENARIK:  Media Prima Audio Jalin Kerjasama Dengan Mydin & MAPIM Malaysia Lancar Misi Bantuan Banjir 2024 #SuaraBantuan

    Artikel Berkaitan: ‘Beego Tak Datang Majlis Pengebumian Mak Cik Dia, Hanya Alasan Tak Hadir Mahkamah’ – Linda Hashim

    Kesal dengan keputusan Beego

    " data-video-id="7597731768229170439" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    Keputusan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menangguhkan prosiding lafaz taklik bagi pasangan selebriti Linda Hashim dan Beego. # #kinitrending #beego #lindahashim

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Keputusan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menangguhkan prosiding lafaz taklik bagi pasangan selebriti Linda Hashim dan Beego. 

    Luah Linda, dia turut kecewa dengan keputusan mahkamah yang memberi ruang kepada permintaan Beego untuk membela diri.

    Saya tak kecewa tak diceraikan tapi kecewa sebab dia sengaja melengahkan proses. Saya tahu dia sengaja.

    Sebab kata masih sayang tapi sebagai isteri saya tahu sayang dari kawan-kawan dan keluarga lebih tulus dan ikhlas berbanding dia.

    Ini bukan sebab sayang tapi di sebalik hati paling dalam itu membuatkan dia nak melambatkan proses ini. Saya isteri saya tahu.

    Linda berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, sebentar tadi.

    Respon peguam

    Sementara itu, peguam yang mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata, kerjasama telah diberikan namun tidak selari dengan pihak defenden.

    Sebagai peguam yang mewakili saya rasa pihak kami sudah berada di landasan yang betul, kami juga sudah mengikut segala prosedur yang ditetapkan.

    Serahan dan saman penyata tuntutan kami telah buat awal tapi menerima respon negatif daripada responden.

    Kami terpaksa serahkan hari ini tapi peguam yang mewakili dia tidak berwakalah lagi dan sebab itu dia tidak diwakili.

    Selepas itu kami dimaklumkan dia ingin melantik peguam yang sama dan hakim membenarkan satu lagi tarikh baru pada 9 Februari nanti untuk pembelaan.

    Sejak Januari tahun lalu, rumah tangga Linda dan Beego atau nama sebenar Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.

    Mereka pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun, mencapai kata sepakat untuk rujuk pada 9 April 2023 dan membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak mereka.

    Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

    Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

    The post [VIDEO] Linda Hashim Kecewa Beego Sengaja Lambatkan Kes, Lafaz Taklik Ditangguh Pada Februari first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah