26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Lagu ‘Gemuruh’ Berdendang Di Bumi China, Jeryl Lee Dapat Pujian Faizal Tahir

    Shopee Sale

    Penyanyi kelahiran Pulau Pinang, Jeryl Lee sekali lagi mencuri perhatian apabila menerima pujian selepas membawakan lagu ikonik Gemuruh dalam pertandingan Voice Beyond Horizon yang berlangsung di China.

    Artikel Berkaitan: Alif Satar & Faizal Tahir Anjur Program ‘Qiyam Macam Jumaat’, Suntik Kesedaran Tentang Isu Di G*za

    Harumkan Malaysia!

    Pada konsert minggu pertama pertandingan berkenaan, Jeryl memilih untuk menyampaikan lagu popular nyanyian asal Faizal Tahir itu dengan penuh penghayatan dan bertenaga, sekali gus menyerlahkan kemampuan vokalnya.

    Tampil anggun mengenakan gaun labuh berona biru, Jeryl berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan cemerlang sehingga meraih pujian bukan sahaja daripada penonton, malah daripada penyanyi asal lagu berkenaan, Faizal.

    Proud Malaysian.

    Persembahan itu turut menerima reaksi positif dalam kalangan wargamaya yang rata-ratanya meluahkan rasa bangga serta mendoakan kejayaan Jeryl sepanjang penyertaannya dalam pertandingan itu.

    MENARIK:  VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Kongsi Hadis Nabi Muhammad SAW – ‘Isteri Minta Cerai Tanpa Ada Kesalahan Suami, Haram Masuk Syurga’

    Selain wakil Malaysia, Voice Beyond Horizon turut menghimpunkan peserta berbakat dari pelbagai negara termasuk Kazakhstan, China, Jepun dan beberapa negara lain.

    Untuk rekod, Jeryl bukan nama baharu di pentas antarabangsa apabila pernah mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi beberapa pertandingan nyanyian di peringkat global sebelum ini.

    Video

    " data-video-id="7603399233902890247" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sheisjeryl

    Gemuruh✨🇲🇾❤ Thankful for the chance to represent Malaysia❤ Hope I made you proud 🥹 #声起地平线 #湖南卫视 #VoiceBeyondHorizon

    ♬ New Sun – Chihei Hatakeyama

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Lagu ‘Gemuruh’ Berdendang Di Bumi China, Jeryl Lee Dapat Pujian Faizal Tahir first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah