28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kejayaan Ernie & Syamel dalam Mendapat Kek Tapak Kuda Ustaz Riduan melalui Doa, Usaha, Tawakal & Kabel

    Shopee Sale



    Pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel menarik nafas lega kerana akhirnya berjaya mendapatkan kek tapak kuda viral dari Ustaz Mohd Riduan Noor.

    Ernie, Syamel dapat kek tapak kuda

    Menerusi perkongsian di TikTok, Syamel dan Ernie berkongsi momen pertemuan mereka bersama Ustaz Riduan Noor.

    Alhamdulillah thank you Ustaz @mohdriduannoor Semoga dilimpahi Allah rezeki yang mencurah-curah. Apa tagline yang harus kita pakai kawan-kawan ?

    Mereka meluahkan rasa syukur kerana usaha mereka untuk merasai kek tapak kuda tersebut membuahkan hasil. Di ruangan kapsyen, Syamel berseloroh dan memberitahu bahawa usaha itu berjaya atas berkat doa, usaha, takawal dan ‘cable’ yang digunakannnya.

    Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen akui cemburu melihat pasangan itu dapat merasa kek tapak kuda Ustaz Riduan Noor yang selama ini menjadi idaman ramai. Mereka menyifatkan hanya individu ‘terpilih’ sahaja yang berjaya membeli kek tersebut kerana sering ‘sold out’ hanya dalam tempoh satu saat.

    Terdahulu, menerusi sesi siaran langsung di TikTok bersama Ustaz Riduan Noor, Ernie dan Syamel meluahkan rasa kecewa kerana tidak pernah berjaya membeli kek tapak kuda itu kerana sering kehabisan stok. Pasangan itu turut memujuk ustaz untuk mengasingkan sebahagian daripada stok hariannya untuk mereka sebelum ustaz akhirnya meminta mereka menghubunginya secara peribadi.

    MENARIK:  [VIDEO] Wakil Penganjur Konsert David Foster Di Indonesia Dakwa Jessie J ‘Bermasalah’? Siti Nurhaliza Pilihan Terbaik Ganti Posisi

    Video

    " data-video-id="7324657966727089409">
    @syamel_official Nak pass cable type C kat siapa pula ni? Semoga murah rezeki ustaz @Riduannor95 ? original sound – Syamel

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah