Pelakon Yusuf Bahrin akui tidak terasa hati mahupun marah ekoran pelbagai spekulasi yang tersebar mengenai rumah tangganya bersama Zizi Kirana.
Artikel Berkaitan: Yusuf Bahrin Akui Terlepas Pandang Soal Aurat Ketika Main Bola, Ada Sebab Terpaksa Buka ‘Legging’
Artikel Berkaitan: Yusuf Bahrin Jarang Kongsi Gambar Dengan Zizi Sebab Takut Penyakit Ain, Enggan Hidup ‘Berkiblat’ Netizen
Syukur atas keprihatinan peminat

Ketika ditemui , Yusuf atau nama lengkap Muhammad Yusuf Bahrin, 34, menganggap spekulasi yang muncul adalah daripada keprihatinan dan kasih sayang peminat.
Tambah Yusuf, dia mengharapkan doa orang ramai agar rumah tangganya sentiasa dipelihara daripada perkara yang tak diingini berlaku.
Saya tahu peminat mahukan yang terbaik untuk kami. Jadi sebab itu mereka ambil berat.
Bagus juga begitu kerana kita juga perlukan doa mereka. Saya minta doakan yang baik-baik saja.
Kalau orang nak buat spekulasi sendiri itu hak masing-masing. Tapi lebih baik kita doakan kesejahteraan semua orang. Saya perlukan doa kalian kerana kita tak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan.
Yusuf berkata demikian ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Rabu.
Rumah tangga baik saja

Mengulas lanjut ekoran spekulasi yang muncul, pelakon berusia 34 tahun itu menjelaskan bahawa rumah tangganya dalam keadaan baik sekali gus menyangkal segala dakwaan yang tidak berasas.
Dalam pada itu, Yusuf turut beranggapan segala spekulasi muncul daripada keputusannya dan Zizi yang tidak lagi berkongsi momen bersama secara umum.
Tidak ada apa saya nak terangkan di sini, kami okay saja. Semua dalam keadaan yang baik, Alhamdulillah.
Saya pun tak faham kenapa spekulasi itu timbul, mungkin orang tak nampak kami kongsi gambar bersama di media sosial.
Takkan kami nak kena ikut apa yang orang mahukan untuk kepuasan mereka. Saya okay, dia (Zizi) okay tak ada masalah.
Sebelum ini, rumah tangga Yusuf dan Zizi atau Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, menjadi perhatian apabila mereka didakwa sudah tidak lagi mengikuti laman sosial masing-masing.
Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan All Together Now Malaysia.
The post [VIDEO] ‘Kami Okay Saja’ – Yusuf Bahrin Tepis Dakwaan Rumah Tangga Bergolak first appeared on OHBULAN!.





