27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kalau Saya Mak Mentua Jahat..Elisya Dah Lama Lari, Beatrice Dah Lari Ke Indonesia’ – Sheila Rusly

    Shopee Sale



    Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly menegaskan bahawa hubungan baiknya dengan menantu bukanlah sekadar lakonan semata-mata, tetapi lahir daripada keikhlasan dan kasih sayang seperti yang ditunjukkan terhadap anak-anak sendiri.

    ‘Kita kena terima sebab itu pilihan anak kita’

    Menerusi temu bual bersama Melodi, Sheila memberitahu dia tidak pernah berpura-pura dalam melayani kedua-dua menantunya sebaliknya hanya menjadi diri sendiri. Dia juga percaya bahawa hubungan baik antara mentua dan menantu amat penting demi kebahagiaan anak.

    Saya sebenarnya jadi diri sendiri, tak pernah nak bersikap pura-pura di depan menantu. Macam mana saya layan anak-anak, macam tu juga saya layan anak menantu.

    Kalau kita nak anak kita bahagia, kenapa kita nak bermusuh dengan menantu? Kalau kita bermusuh dengan menantu, anak kita akan berada dalam situasi yang sangat susah.

    Isteri kepada pengarah, Jinggo ini berkata sifat menghormati antara satu sama lain adalah kunci utama dalam melahirkan dan membina keluarga yang harmoni.

    Kita kena tahu kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kita kena saling menghormati, itu yang penting walaupun dia anak menantu, kita mak mentua. Macam mana sekalipun, kita kena terima dia sebab itu pilihan anak kita.

    Shiela jadi diri sendiri

    " data-video-id="7467531920684141831">
    @melodiberapi Ramai yang idam dapat mentua maçam pelakon dan penerbit Shiela Rusly ???? #meloditv3 #shielarusly #mentuapilihan #menantupilihan #kontroversi #sensasi #hangat #panas ? original sound – Melodi tv3

    Sementara itu, Sheila menepis dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya sekadar berpura-pura melayan menantu dengan baik ketika di hadapan kamera.

    Saya hanya berlakon bila saya ditawarkan watak yang berbeza. Kalau saya jadi diri sendiri, kenapa saya harus berlakon? Saya sangat bangga dengan diri saya. Saya rasa netizen pun bijak. Jadi realistik, bersyukur dengan apa yang kita ada

    Saya tak rasa tersinggung pun kalau orang kata saya hanya berlakon baik (layan menantu). Anda semua tak duduk sebumbung dengan saya, macam mana korang tahu saya berlakon atau tidak? Kalau nak tahu, kena lah tanya menantu saya. Kalau saya ni mak mentua yang jahat, rasanya Elisya dah lama lari, Beatrice dah lari ke Indonesia.

    Dalam pada itu, Sheila turut memberitahu bahawa dia melayan kedua-dua menantunya secara adil dan tidak pernah membeza-bezakan antara mereka.

    Tak perlu nak menilai kehidupan seseorang, cukuplah saya dengan keluarga dan menantu tahu macam-mana saya layan mereka. Saya tak membeza-bezakan kedua-dua anak menantu saya. Saya layan mereka sama sahaja sebab mereka adalah penyambung legasi saya.

    Sheila Rusly sebelum ini dikenali sebagai seorang ibu mentua yang baik dan dilabel ‘mentua dari syurga’ kerana keakraban dan layanan baik yang diberikan kepada dua menantunya iaitu Elisya Sandha dan Beatrice.

    MENARIK:  Marsha Milan Mengakui Rasa Gementar Setiap Kali Bulan Ramadan Selepas 10 Tahun Memeluk Islam

    Hubungan baik mereka sering mendapat perhatian ramai, namun tidak terlepas daripada kritikan netizen yang mempersoalkan keikhlasan Sheila dalam melayan menantu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah