Pelakon kacak, Fattah Amin mendedahkan isterinya, Amira Othman mempunyai bakat dalam bidang masakan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Sedia Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ibu Tiri Kepada Fatima – ‘Saya Perlu Terima’
Artikel Berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Amira Othman Sah Bergelar Isteri Fattah Amin
Pandai masak

Menerusi potongan klip dari siaran langsung di TikTok, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkongsi Amira pernah memasak mee segera untuk dirinya.
Kata Fattah, walaupun hidangan itu hanyalah mee segera tetapi cara Amira menyediakannya sangat meriah dipenuhi dengan ‘seafood’.
Amira pandai masak. Dia pernah masakkan untuk saya mee segera.
Walaupun ia hanyalah mee segera tapi meriah sebab ada semua seperti sotong, ikan, sayur, telur dan bermacam lagi.
Kalau dah masak mee segera seperti itu apatah lagi kalau masak hidangan lain.
Maksudnya memang betul tekaan saya (Amira pandai masak).
Perkara itu dikongsi Fattah ketika menjawab soalan warganet yang bertanya sama ada Amira pandai memasak atau tidak ketika siaran langsung bersama Rissa Skin, pada Isnin.
Sementara itu, pemilik nama Nadia Amira Othman, 32, akui dia lebih mahir dalam menyediakan masakan barat.
Saya rasa masakan western yang mudah. Bagi saya sebab masakan itu lebih straight forward.
Kalau masakan melayu pun senang cuma saya jenis suka letak bawang banyak.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Kalau Mee Segera Meriah, Apatah Lagi Hidangan Lain’ – Fattah Amin Puji Amira Othman Pandai Masak first appeared on OHBULAN!.





