32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kalau Kata Ini Kifarah, Saya Terima Dengan Hati Terbuka’ – Fara Salleh

    Shopee Sale



    Isteri kepada pelawak kontroversi, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menyatakan dia tidak tertekan dengan apa yang menimpanya kerana menganggap sebagai kifarah atas kesilapan lalu.

    Terima kifarah

    Fara Salleh

    Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Fara berkata, dia juga menerima segala ujian ini dengan hati yang terbuka.

    Kalau nak kata ini adalah kifarah buat saya, saya terima sebab saya memang buat salah pun sebelum ini.

    Saya tak rasa apa yang saya lalui ini satu bebanan atau tekanan sebab dulu saya buat orang kan? Dan sekarang sayalah pula yang kena.

    Dengan hati yang terbuka, saya menerima semua ini.

    Dalam pada itu, Fara meluahkan rasa kesal dengan Shuk yang menceraikannya menerusi panggilan telefon tanpa berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan keluarga terlebih dahulu.

    Nak kata sedih itu mungkin lebih kepada anaklah.

    Dan mungkin ini dah bahagian serta kifarah buat saya tapi anak yang terkena tempias.

    Ada satu benda yang saya kesal sangat ialah kenapa dia tak berjumpa dahulu dengan keluarga kalau betul nak bercerai.

    Sekurang-kurangnya anak saya ini terjamin masa depannya andai kata saya tak selamat ke apa nanti waktu bersalin.

    Mahu selesai tanpa hasutan orang luar

    Ketika ditanya apakah pesanan yang mahu diberikan kepada Shuk, Fara berharap kemelut yang berlaku ini dapat diselesaikan segera tanpa campur tangan orang luar.

    Saya cuma nak tanya apa perbezaan anak saya dengan anak yang ada dekat sana.

    Kenapa buang dia?

    Dan kalau boleh saya nak selesaikan perkara ini segera tanpa campur tangan dan hasutan daripada orang luar.

    Kalau betul nak selesaikan perkara ini, pastikan kawan-kawan tak kacau saya dan tak masuk campur.

    Sebelum ini, Fara ada berkongsi di Instagram miliknya mengenai Shuk melafazkan cerai talak satu terhadapnya menerusi panggilan telefon ketika berada di Thailand.

    MENARIK:  ‘Selepas Cerai Dengan Norman Hakim, Siapa Yang Jaga Anak-Anak Masih Kecil? Beri Makan Minum Tempat Tinggal?’ – Abby Abadi

    Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.

    Shuk juga pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah