Usahawan sensasi, Liana Rosli menepis dakwaan kononnya dia menjadi individu yang mendedahkan konflik rumah tangga kakaknya, Kak Nona kepada umum menerusi media sosial, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Sebak, Ajak Kak Nona Datang Rumah Untuk Berbaik – ‘Saya Tahu Awak Kesepian’
Artikel Berkaitan: Kak KM Dihujani Komen Positif, Akui Pernah Berniat Untuk Berhijab – ‘Perlahan-Lahan Saya Belajar & Berubah’
‘Dia sendiri buka ruang’

Liana atau mesra disapa Kak KM, 45, berkata, tuduhan tersebut tidak berasas kerana kakaknya sendiri terlebih dahulu memberi bayangan mengenai masalah rumah tangga yang sedang dihadapi.
Kenapa pula saya yang dikatakan canang masalah rumah tangga dia? Sedangkan dia yang buka sendiri.
Bila orang tanya suami mana, dia jawab suami balik kampung. Suami pula bila buat siaran langsung beritahu sedang dalam proses memujuk isteri.
Dia sendiri yang buka ruang dan (seolah-olah) maklumkan dirinya ada masalah. Kenapa pula saya yang dipersalahkan? Maaf, saya memang tiada masa nak campur urusan rumah tangga dia.
Kak KM berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), petang Selasa.
Mengulas lanjut mengenai hubungan kekeluargaan mereka, ibu kepada tiga cahaya itu menjelaskan dia sememangnya bukan jenis individu yang gemar berkunjung ke rumah orang lain walaupun pernah dipelawa oleh Kak Nona.
Tambahnya, kebanyakan pertemuan keluarga lazimnya diadakan di kediamannya sendiri dan perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan sejak sekian lama.
Saya memang tak biasa datang rumah orang. Malah ketika hubungan kami baik dahulu pun, saya tak pernah pergi ke rumah dia.
Kalau tengok perangai saya, memang bukan jenis macam itu. Lagipun, adik-beradik kami selalunya berkumpul di rumah saya, itu memang rutin keluarga.
Dalam pada itu, Kak KM mengakui hubungan mereka mula menjadi dingin sejak sambutan Hari Raya Aidiladha tahun lalu dan sehingga kini masih belum menemui jalan perdamaian.
Mengulas isu nyanyiannya ketika membuat siaran langsung sebelum ini disalah tafsir sebagai tanda kerinduan, Liana menegaskan perkara itu tidak membawa maksud sedemikian.
Sejak Raya Haji tahun lepas, kami memang tak pernah jumpa atau berhubung. Masa buat siaran langsung itu, saya nyanyi sebab teringat, bukan rindu. Dua perkara itu berbeza dan memang tak sama langsung.
Terdahulu, perselisihan faham antara Kak KM dan Kak Nona menjadi perhatian dan perbualan hangat dalam kalangan netizen di media sosial.
Malah, menerusi laporan media, Kak Nona turut mengesahkan bahawa dia dan suami kini sedang melalui proses perceraian di mahkamah.
The post [VIDEO] Kak KM Nafi Buka Pekung Kisah Rumah Tangga Kak Nona – ‘Kenapa Saya Dipersalahkan’ first appeared on OHBULAN!.





