25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kael Usung Emosi & Ketulusan Cinta Menerusi ‘Angkasa’

    Shopee Sale

    Penyanyi versatil, Kael, kembali menyapa peminat dengan sebuah karya yang penuh emosi berjudul ‘Angkasa’, single keempatnya di bawah label Alternate Records. 

    ‘Lagu ini sangat peribadi’

    Lagu ini merupakan sebuah balada pop moden yang membawa naratif cinta yang kompleks tetapi penuh harapan, digarap bersama dua nama besar industri iaitu Omar K dan Iqie Hugh.

    Berbeza daripada balada cinta klise, ‘Angkasa’ membicarakan tentang cinta dua jiwa yang saling menyayangi namun dipisahkan oleh realiti, ibarat matahari dan bulan yang tidak pernah bertemu. 

    Lagu ini menyentuh tema kesetiaan, kepercayaan dan harapan, diilhamkan daripada konsep ‘dua dunia’ yang berkongsi langit yang sama.

    Komposer, Omar K menyifatkan ‘Angkasa’ sebuah lagu yang menyampaikan mesej tentang ketulusan dalam percintaan.

    Mesej utama lagu ini adalah tentang kepercayaan terhadap cinta yang tulus walaupun berada dalam situasi yang tidak ideal. Jika cinta itu ikhlas dan kuat, mereka tetap bersatu secara emosi dan spiritual di ‘Angkasa’ yang sama.

    Dengan gabungan elemen elektronik dan atmosferik, ‘Angkasa’ mencipta suasana seolah-olah membawa pendengar ke ruang emosi yang luas dan bebas. 

    MENARIK:  [VIDEO] Anak Dharma Harun Ditawar RM1000 Untuk ‘Sewa’ Tubuh – ‘Walaupun Hidup Terdesak, Saya Tak Akan Jual Diri’

    Kael, yang turut terlibat dari awal proses penulisan, gubahan hingga pembangunan visual, menyifatkan ‘Angkasa’ sebagai refleksi dirinya yang paling tulen.

    Lagu ini sangat peribadi. Ia menonjolkan sisi saya yang sebenar dan paling tulen. Salah satu cabaran adalah untuk mencari perkataan yang tepat dari dalam hati sendiri dan membentuknya menjadi melodi yang puitis dan bermakna.

    Romantis itu tidak boleh dipalsukan. Lagu ini saya dedikasikan kepada semua pasangan, sahabat dan pencinta.

    Proses pembikinan lagu mengambil masa sekitar tiga bulan, namun rakaman vokal utama Kael hanya mengambil masa satu hari sahaja hasil kerjasama profesional antara artis dan penerbit. 

    Kael berharap agar lagu ini dapat menembusi pasaran luar dan mengangkat nama seni tempatan.

    ‘Angkasa’ kini boleh distrim di Spotify, YouTube Music dan semua platform penstriman utama. Untuk perkembangan terkini Kael dan labelnya, ikuti Alternate Records & Talents di Instagram (@alternate.my_), TikTok (@alternate.rt_) dan Facebook.

    Muzik video

    The post [VIDEO] Kael Usung Emosi & Ketulusan Cinta Menerusi ‘Angkasa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah